Aidilfitriku Kini Bertiga

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Aidilfitriku Kini Bertiga


Ini baru anak seorang ni
Ini adalah cerita perjalanan aku, wife dan cahaya mata kami, Nur Amirah Ramizah untuk balik beraya di kampung aku, Kudat Sabah... Hehehe

Agak kelam kelibut sikit kali ni aku balik beraya... Sebelum ni aku balik beraya cuma aku sorang je.. Tido kat airport tu dah biasa tapi kali ni aku bertiga... Dengan peel Amirah lagi, dengan barang barang lagi.. Huhuhu macam macam hal..

Korang layan je la erk.. Kalau tak best, buat buat best je.. Sebab ni catatan peribadi aku yang aku nak kongsi kat korang semua...

Tiket flight
 Sebelum naik kapal terbang, aku terpaksa bagi susu banyak sikit kat Amirah.. Takut mengganggu orang lain dalam kapal terbang.. Sememangnya aku bila dalam kapal terbang, hobi adalah tido.. Sebab perjalanan memang lama sangat dan membosankan aku... Mana taknya, tengok awan je kot....

Kalau ada kapal terbang lalu sebelah,takpe juga kan.. hehehe
Bila Amirah dah tido, senang sikit aku cerita pengalaman first time naik kapal terbang dulu kat wife aku... hehe

Dalam kapal yang sangat sempit bagi aku...




Tapi kejap je Amirah tido, dah bangun semula... Adoi, baru nak berdating dating sikit dengan wife, dah kena tumpukan perhatian kat dia.. Kalau tak, kompom menjerit jerit bunga hati aku ni.. huhuhu



Tiba tiba pilot bagitahu yang cuaca kurang baik.. Aku sebagai hero, mana boleh takut kan.. Wife aku pulak?? jangan cakap la.. Nasib baik la baju tak koyak kena tarik bila kapal terbang tu bergoyang sekali sekala bila langgar awan yang tebal... 


Cuba korang tengok matahari tu, masa ni aku rasa dah dekat kot Sabah tu.. Sebab masa ni dah nampak daratan kat bawah tu.. Dari matahari nak terbenam, sampai lah matahari tu dah terbenam.. Tapi tak sampai juga... Pelik aku...


Ini kali pertama aku tengok kapal terbang ni tak nak mendarat.. Asik pusing pusing je kat atas tu.. Last last, pilot bagitau kapal terbang ni tak boleh nak landing sebab cuaca kat bawah sangat buruk..  Masa ni jangankan wife aku je yang takut, aku sendiri pon takut wooo... 


Dah puas berlegar legar kat atas tu, kapal tu habis minyak la pulak... Adoiyai.. Macam macam hal la aku rasa.. Last sekali, kitorang tumpang kat Labuan Airport dulu untuk isi minyak... Masa ni dah buka puasa dah.. Perut sangat lapar woo.. Aku minta izin kat steward tu untuk turun kejap nak beli makanan untuk aku dengan wife sebab makanan dah habis aku sapu..

Rupanya tak boleh nak turun.. Dah aku terpaksa berlapar hampir setengah jam sebelum kapal tu terbang semula ke KKIA... 



Bila lori minyak dah setel buat kerja, kitorang pon gerak la.. Dalam jadual tu, kitorang patut sampai dalam pukul 6.45 petang, tapi kitorang sampai kat KKIA dah pukul 8 tau... Perut mana tak lapar weh..

Sambungan nanti aku buat ye.. Ini kira part 1 ni.. hehehe aku kan memang suka sambung sambung cerita.. 

Related Post

  • Mak, Aku TakMampu Menjaga MuYa Allah, berikan aku kekuatan untuk menulis entry ni... Sesungguhnya aku tak mampu menanggung rindu terhadap ibuku di p…
  • Ajaran Sesat Lagi“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan i…
  • Kalau Putus Cinta Macam Ni Takpe Beberapa wanita kalau putus cinta biasanya melampiaskannya dengan menangis di bilik tidur atau mencurahkan isi hat…
  • Kalau Kat Malaysia Macam Ni Kan Bagus So many cameras just for a school! I wonder what they have in their prisons!! 1 2 3 4 5 …
  • Puasa Adalah Wajib!!! Aku malu baca artikel dari kosmo ni.. Serius malu... Diorang yang bekerja sebagai buruh binaan pon masih ber…
6 Komen untuk "Aidilfitriku Kini Bertiga"

pengalaman tu yang buat perjalanan itu menarik dan seronok

bestnyaaaaaaaaa bila saya lak nak naek kapal terbang neh huhuhuhu

peliknya, boleh habis minyak pula??=D
comel la Amirah tidur...>_<

memang seronok pon bila dah sampai... bayangkan kalau tak sampai, hilang seronok wooo... hehehe

hehehe nanti naik la kapal terbang bile nak pegi london.. hehehe

mana tak habis kalau asik berlegar legar je kat atas tak nak landing... huhuh

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info