Spirit Of The Coin Part 4

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Spirit Of The Coin Part 4

Ini adalah kesinambungan cerita sebelum ni... Pada sesiapa yang tak baca dan mengikuti cerita seram ni, boleh la klik kat Part 1, Part 2 dan Part 3

..................

Pada asalnya, Shah dengan geng gengnya just nak bermain main.. Dan tidak percaya benda tu adalah betul... Bila proses Spirit dah dijalankan, tapi makhluk tu tak keluar dan tanpa disedari makhluk tu sebenarnya dah berkeliaran di kawasan kem..

Disebabkan dia tak tahu benda tu dah berkeliaran, dia pon saje je lah nak bagitahu kat Suraya.. Lagipon dia tau Suraya dah semakin syok kat dia, so dia pon buat cerita melalui sms, kononnya ade satu kepala budak pompuan kat bawah katil dia. Budak Suraya ni tengok, dan tanpa disengajakan, kepala tu memang betul betul wujud.. Tu aku tak tahu macam mana benda ti wujud..

Lepas dia mesej tu, masa makan pon dah tiba.. masa tu lah dia dah kena rasuk.. Tak habis lagi dia cerita, tiba tiba sorang pelatih datang tercungap cungap kat kumpulan kitorang. Dia kata kat dewan makan tu dah ramai yang menangis kononnya ade ternampak makhluk tengah berterbangan kat dewan tu.. Kitorang bergegas datang ke sana, dan ternyata, dalam dewan tu hampir semua pelatih perempuan menjerit, menangis dan tak kurang juga ada yang berlari lari..

Seorang ustaz datang untuk mengawal keadaan, kitorang kagum sangat.. Hanya dia seorang je yang buat, semua perempuan tu jadi pulih semula... Yang aku suka masa tu, korang nak tau ape?? Kat dewan makan tu, meja diatur dalam bentuk barisan.. Setiap barisan tu mesti ade yang histeria.. betul betul macam pesta masa tu.. Sumpah, aku tak tipu... Keadaan ni memang menyeramkan tapi dlama masa yang sama, seronok tengok.. Macam buat ombak dalam stadium je sebab ikut turutan orang kena histeria..

Bayangkan, seorang pompuan kecil boleh melibas 5 orang sekali gus, kalau lelaki camner pula..

Next episod, aku cerita lagi pasal makhluk tu menjelma dan merasuk lagi budak perempuan masa buat aktivito Flying Fox.. Keadaan yang meremangksn bulu roma aku... huhuhu tak leh bayang... Tunggu esok ye... Esok juga ade 2 episod sebelum final.. hahaha

Ini cerita benar, tiada pembohongan dalam cerita ini.. Bagi yang membaca, anda boleh nilai sendiri cerita ini.. tak paksa korang untk mempercayainya..
6 Komen untuk "Spirit Of The Coin Part 4"

Tahun lepas , kat sekolah saya pun jadi . dah la time tu pukul 12 tgh mlm . fuhhhh . seram gila smpai takleh lupa :)

tak saba nak taw apa penamat yang dekat part shah tu sebab dia yang mulakan game ni kan..hehehe perghh memang saya follow abes neh

Senang je caranya nak sertai game tu. Follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan
"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"
Johan akan mendapat mendapat ganjaran RM 150.

tetiba terfollow cter ni.....meremang jugak bulu roma...huhu tak sabar nak tau apa jadik..

meremang bulu roma den...huhu

ni deknie nk ajak join segmen... jom join...

http://www.dekniemyeyes.blogspot.com/2012/07/segmen-tambah-follower-blog-sampai-1000.html

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info