Misteri Highway Gambang, Kuantan

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Misteri Highway Gambang, Kuantan

Haaa.. meh sini semua.. nak habaq sat ni.. hahaha amboi, cakap loghat utara pulak da.. Cerita mistik atau misteri nusantara ni, ade sorang blogger yang suka berkongsi cerita camni... best tau cerita cerita dia tu.. Ala, korang mesti kenal punye lah.. Abe Que Achmad...

Sekarang, aku pula nak bercerita pasal mistik mistik ni.. Semua yang aku cerita ni adalah mengikut pengalaman orang terdekat, orang tua dan pengalaman aku sendiri dalam cerita misteri nusantara.., hahaha.. Aku dari dulu memang suka dengar cerita misteri camni, macam berani sangat kan.. padahal penakut dengan gelap...

Ok.. Macam ni ceritanya.. Semalam aku lepak dengan member member wife aku kat area Temerloh.. Macam macam cerita keluar, dan aku hanya suka dengar cerita misteri.. yang lain diorang cerita tu, aku langsung tak dengar.. Sorang member dia dah start buka cerita pasal kejadian yang menimpa adik dia sendiri.. Betul atau tak, aku tak tahu.. taida sebarang gambar yang ditunjukkan.. Tapi yang pasti, ini dari sumber yang boleh dipercayai..

Adik dia ni balik dari Kuantan dengan melalui highway gambang tu kan.. Dia gerak dengan sorang member dia dengan membonceng motor.. Masa dia gerak dari Kuantan seawal pagi, leboh kurang dalam jam 4 pagi.. Keadaan yang sangat sejuk memaksa beliau memakai jaket bagi menurangkan sedikit kesejukannya..

Bila dia lalu dekat kawasan Gambang tu, kat tepi jalan terdapat bustop.. Bila dia semakin menghampiri bustop tu, dia dan kawan dia ternampak ramai sangat orang emnunggu bas kat bustop tu.. Dia rasa pelik juga kan, diawal pagi ade ramai macam tu... Bila dah melepasi bustop tu, dia pon menoleh untuk memandang orang orang yang menunggu tu..

Terdetik dalam hati, maybe diorang semua tu tunggu bas kilang agaknya...Dia rasa sejuk semacam je masa tu tapi hati lelaki kadang kadang kental sikit.. Bila dia nak berenti kat masjid untuk bersolat, masa tu waktu subuh dah dekat dah kan.. Tiba tiba dia terpandang jaket yang dia pakai.. Timbul persoalan kenapa jadi sampai macam tu sekali jaket dia tu.. Jaket tu koyak macam kena cakar.. Sepanjang perjalanan tu, tak kan kawan dia pula yang cakar jaket dia kan...

Adakah disebabkan angin dengsn kelajuan motor tu atau pon ade kaitan dengan orang ramai masa tunggu bas kat bustop tu.. Bila dia dah sampai rumha, dia terus membuang jaketnya.. takut la kot.. hehehe tu la misteri nusantaranye..

Ape ape pon, siapa pon makhluk tu, hanya kepada Nya kita wajib takut.. Takut takut kita takut dwngan makhluk ciptaan Allah kita jatuh syirik.. Wallahualam bisawab... Next time aku cerita lagi mengikut pengalaman orang tuaku dan pengalaman aku sendiri menghadapi Histeria.. hahaha

Related Post

  • Rupa Adik Lelaki AmirahSaje je nak try tengok Amirah pakai kopiah... Terdetik dalam hati, mungkin macam ni lah kot rupa adik lelaki Amirah...&n…
  • Macam Macam Bunyi Dalam Hotel NiAku cadang semalam, time wife kat kelas kursus tu, aku ngan Amirah nak mandi kolam... Tapi sayangnya, kitorang sampai ka…
  • Anak Dara Tak Boleh Mandi Kolam Amirah dah siap mandi... So tak boleh la nak ikut ayah g mandi kolam... Yeye...!!!Sebelum mandi kolam, rasa macam …
  • Sekarang Aku Tak Perlu Hargai NyawaYaaa... Nyawa dalam Candy Crush la... Aku cukup benci main benda ni... Baru level 147, tapi stuck dah lama kat level ni.…
  • Akhirnya Bercuti Dengan AmirahIni kali pertama kitorang dapat bercuti... Memang seronok tambahan lagi pergi bercuti dengan anak dara aku ni... Hohoho!…
4 Komen untuk "Misteri Highway Gambang, Kuantan"

erkkk persoalan ni, siap & apakah yg cakar jaket tu.?mintak di jauhkanlaa..

kena mende tajam je..kes tu koyak tu.

Tak tau la sebab ape... Tak dapat dipastikan... Heheh

Tak kan dia langgar benda tajam tanpa melukakan badan sendiri kan... Tak tau misteri ni, betul atau tak, hanya Allah yang tauk

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info