Aduh!! Mombor Aku Tak Naik Kat Magnum!!!

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Aduh!! Mombor Aku Tak Naik Kat Magnum!!!

Best tak ayat ni?? Aku suka sangat ayat ni.. hahaha tadi masa aku pegi bazar ramadhan, kat area temerloh ni lah kan.. Tengah syok menghidu bau makanan, tetiba ade pulak budak sekolah kat belakang aku ni, rancak sangat berbual..

Aku tau la budak sekolah. suara tak de gaya macam orang matang.. Disebabka aku cuma pegang Amirah, wife aku pula jauh di belakang tengah pilih juadah makanan untuk santapan berbuka karang...

Macam macam budak budak tu bercerita.dan semakin lama semakin rancak budak ni berborak.. Dan aku, sebijik sebijik dengar ape yang diorang bualkan.. mana taknya, bazar ramadhan kan ramai orang datang, keadaan tempat tu pon kompom la sesak...

Last sekali, yang sorang ni bengang.. sebelum tu, dia tanya kat kawan dia, ape nombor naik kat Magnum... Nombor yang dia beli 7106.. hahaha memang jelas lah aku dengar.. yang naik memberdia cakap 5016 je...

Aku pon pusing belakang, kononnya nak tengok wife aku la kan.. hemm.. memang bawah umur pon.. misai tumbuh macam padang jarak padang tekukur je...

Adik... habiskan sekolah dulu, nanti dah besar, dapat kerja bagus, tak payah main nombor.. nombor tu yang akan datang kat kita.. nombor dan angka gaji kita la tu...

Jangan sibukkan diri dengan benda lagha dan haram tu ye... Nasihat dalam hati dan doa sekali.. aku tak mampu nak menegur, takut mengaibkan dia..
0 Komentar untuk "Aduh!! Mombor Aku Tak Naik Kat Magnum!!!"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info