[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia

Kejadian luar biasa telah mengejutkan dunia kedoktoran. Seorang ibu yang dipastikan telah meninggal dunia, tetapi masih boleh melahirkan bayi mungil dengan sempurna. Berita ini  menjadi bahan perbincangan dunia perubatan.


Mahmoud Soliman sebagai suami yang berumur 29 tahun tak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan dalam satu masa. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapatkan seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya. Yang mengharukan, Aya Jayne  nama bayi tersebut, dilahirkan dua hari setelah Jayne dinyatakan meninggal akibat otaknya tidak boleh berfungsi lagi. Berkat bantuan perubatan, Aya boleh dilahirkan dengan selamat.

Sebenarnya kehamilan Jayne tidak bermasalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengadu sakit kepala. Mahmoud melarikannya ke hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian, doktor menyatakan otak bekas atlet ski ais England ini tidak berfungsi dan dia sudah sahkan mati.


Doktor telah cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan bermacam peralatan. Ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne boleh diselamatkan. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya bioleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne boleh lahir dengan selamat melalui pembedahan cesar.

 Aya sempat diletakkan di atas perut ibunya untuk memberi sedikit waktu bagi keduanya untuk bertemu. Setelah itu Aya langsung dilarikan ke unit perawatan intensif. Sedangkan Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan batuan untuk hidup.

Mahmood berkat nama“Aya” berasal dari bahasa Arab yang berarti “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne ketika masih hidup.(link)

Related Post

  • Kali Ni Orang Utara Pula Haaaa... kali ni loghat orang utara pulak... Haiiihhhhh... Tang loghat utara ni lagi susah nak paham... Hohohoh... T…
  • Hujan Juga AkhirnyaAlhamdulillah...!!! Setelah sekian lamanya bumi putrajaya ni tak dibasahi dek hujan, akhirnya Allah menurunkan rahmat hu…
  • Oh Burung Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah …
  • Harga Kereta Ferrari Turun Kereta dah turun harga kan??? Sampai kereta Ferrari pon turut sama turun harga... Hahahaha Tapi andai aku diberi pi…
  • Tips Bila Dipatuk Ular Kat Leher Hahahahaha...!!! bengong betul orang tu ye... Sumber facebook …
1 Komentar untuk "[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info