[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia

Kejadian luar biasa telah mengejutkan dunia kedoktoran. Seorang ibu yang dipastikan telah meninggal dunia, tetapi masih boleh melahirkan bayi mungil dengan sempurna. Berita ini  menjadi bahan perbincangan dunia perubatan.


Mahmoud Soliman sebagai suami yang berumur 29 tahun tak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan dalam satu masa. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapatkan seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya. Yang mengharukan, Aya Jayne  nama bayi tersebut, dilahirkan dua hari setelah Jayne dinyatakan meninggal akibat otaknya tidak boleh berfungsi lagi. Berkat bantuan perubatan, Aya boleh dilahirkan dengan selamat.

Sebenarnya kehamilan Jayne tidak bermasalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengadu sakit kepala. Mahmoud melarikannya ke hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian, doktor menyatakan otak bekas atlet ski ais England ini tidak berfungsi dan dia sudah sahkan mati.


Doktor telah cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan bermacam peralatan. Ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne boleh diselamatkan. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya bioleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne boleh lahir dengan selamat melalui pembedahan cesar.

 Aya sempat diletakkan di atas perut ibunya untuk memberi sedikit waktu bagi keduanya untuk bertemu. Setelah itu Aya langsung dilarikan ke unit perawatan intensif. Sedangkan Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan batuan untuk hidup.

Mahmood berkat nama“Aya” berasal dari bahasa Arab yang berarti “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne ketika masih hidup.(link)

Related Post

  • Misi Mencari Lokan Alat mencari lokan Jumaat lepas abang ipar aku ajak ke Pulau Banggi untuk mencari Lokan... Tapi Lokan ni berbeza sed…
  • Penangan Rumah Mayat | Kisah Benar Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila maso…
  • Sakit Bukan Penghalang Kesihatan bukan menghalang seorang pendidik untuk berhenti mendidik ank muridnya.. Apa yang penting hanyal…
  • Tips Untuk Pengguna Apple | Cable Charger Iphone Tips Untuk Pengguna Apple | Cable Charger Iphone Bagi pengguna produk dari syarikat Apple, Cable Charger sering menja…
  • Masak Lokan Dan Pucuk LadaPagi tadi mak aku beli Pucuk Lada dengan Lokan dan dia minta aku tumiskan untuk dia.,. Hehehe.. Ni pertama kali aku masa…
1 Komentar untuk "[Ajaib]Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info