Mudah Terpengaruh Watak Kartun | Amirah Nak Jadi Elsa

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Mudah Terpengaruh Watak Kartun | Amirah Nak Jadi Elsa



Mudah Terpengaruh Watak Kartun | Amirah Nak Jadi Elsa

Aku perhatikan Amirah ni, seawal usia 2 tahun sudah mampu merakamkan hampir 80% apa yang dipandang dan didengarinya... Tambahan lagi bila video dalam bentuk animasi diiringi dengan alunan muzik... Cepat dia tangkap... 

Sebelum ni, lagu Upin Ipin dalam episod 'Boria Suka Suka' dia dapat hafal lagu beserta gayanya... (Kantoi pulak yang aku pon layan upin ipin)... Setiap langkah, hentakan kaki pon dia boleh tiru... Bila dah bosan dengan Upin Ipin, dia beralih pulak ke cerita Boboboi dan 3 Puteri... 

Dan kini, watak Elsa dalam filem Frozen pulak jadi kegilaan kanak kanak sekarang... Tengok la Amirah tu, dia nak tiru watak Elsa sampai bongkar almari wife untuk dapatkan tudung nak dijadikan baju... Pastu pakai sandal dia konon konon dia tengah pakai kasut tinggi... Pastu tarik tangan aku ajak menari... 

Mampos... Kalau aku tak layan, nampak sangat aku tak ambil berat dengan dia... Nanti mula lah dia merajuk kat aku... Hahaha... Layankan aje... Janji dia happy kita ada bersama dia... 

Aku terfikir, alangkah bagusnya kalau Les Copaque tu buatkan satu video khas untuk anak anak mengaji... Ataupon 'mari mengenal Alif Ba Ta bersama Upin Dan Ipin'... 

Adakalanya, bagus juga watak watak kartun ni... Dengan melalui karikatur la Amirah mudah mengenal ABC... Dan dia dah hafal ABC, Alif Ba Ta dengan lancar... Alhamdulillah... Semoga jadi anak yang pintar dan jadi anak yang soleh solehah... 
5 Komen untuk "Mudah Terpengaruh Watak Kartun | Amirah Nak Jadi Elsa"

oh.. sama dgn my daughter jugak.. Suka nak jd Elsa.. terpengaruh sgt2..

kem salam kat princess elsa tu ye sis
hehe...budak2 mmg comel =)

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info