Skim MyHome | Skim Perumahan Mampu Milik| Alhamdulillah.. Skim MyHome, Skim Perumahan Mampu Milik adalah salah satu lagi usaha kerajaan bagi meringankan beban rakyat... Selain daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dan juga Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia, ini salah satu inisiatif dan kegigihan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam meringankan beban rakyat...
Kerajaan akan memperincikan semula kaedah pemberian subsidi RM30,000 di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.
“Kita akan fikirkan mekanisma terbaik dan memperincikannya pada mesyuarat itu bersama semua setiausaha kerajaan negeri, pejabat tanah dan galian, wakil persatuan pemaju perumahan dan bank,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata, wakil Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Bank Negara akan turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.
MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.
Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.
Mengenai pendekatan kementerian menjayakan projek pembinaan kediaman untuk rakyat, Abdul Rahman berkata, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat.
Katanya, majlis itu juga bertanggungjawab memantau pasaran hartanah, manakala keanggotaannya membabitkan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA serta Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Dalam pada itu, beliau berkata, laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana.
P/S: Alhamdulillah,,, pada yang tak mampu untuk membeli rumah lagi tu, rasanya inilah jalan yang terbaik untuk korang memiliki rumah kos rendah dan mampu milik. Skim MyHome, Skim Perumahan Mampu Milik...
Skim MyHome | Skim Perumahan Mampu Milik
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Giler la.. Cik Mun ni nak bagi domain untuk 50 orang blogger.. Cepat cepat.. jom kite join ramai ramai... Kot kot kite punya untung ka...
-
Cikgu Lembu Ditukar | Anak Murid Kembali Ke Sekolah| Susah nak cakap situasi sekarang ni... Tapi zaman aku sekolah dulu tak pernah pulak ci...
-
Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron (4/12/2012) semalam, ...
-
Release Tension Di Kg Nelayan, Tanah Merah Sabah | Perghhhh..!!! Lama gila blog tak berupdate... Aku nak cerita sikit tempat aku releaseka...
-
Geram punya pasal la ni... Geram tengok geng geng blogger main game CABARAN 30 Hari... Cabaran untuk 1 September ni adalah, gambar terkini d...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



1 Komentar untuk "Skim MyHome | Skim Perumahan Mampu Milik"
kbykn pjawat awam blm mmiliki rumah sdiri.. thats fact ~.~