50 Pelajar Kena Histeria

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

50 Pelajar Kena Histeria

50 Pelajar Kena Histeria | Bila sebut je histeria, mesti pelajar perempuan yang selalu kena histeria ni kan... Banyak pengalaman yang aku lihat sendiri berkaitan histeria ni... Tapi aku cuma jadi penonton je la... Tak pandai ape ape pon dalam bab rawatan ni... Hehehe

Foto

Johor Bahru: “Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam,” kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.
Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.
Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu ‘lembaga hitam’ berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.
Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.

Banyak yang aku dah kongsikan cerita berkaitan hantu atau histeria dalam blog aku ni... Salah satu adalah cerita pasal Hantu BotakHantu Bertenggek Di BahuHantu Tumpang Rumah Yang Sunyi... Malahan dulu aku kerap bercerita hantu yang bersiri... Klik sini untuk baca Spirit Of The Coin... Kalau rajin, godek godek la entri lama aku dalam ni.. Banyak kisah yang berkaitan... Tu pon kalau rajin.. hehe

Sumber gambar

1 Komentar untuk "50 Pelajar Kena Histeria "
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info