Sebelum ni tengok Lawak Ke Der 3 memang syok... Entah berapa kali aku ulang ulang tengok teater yang telah di filemkan tu... Kali ni Lawak Ke Der telah kembali dan bakal berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 4 hingga 8 Disember 2013... Maknanya korang masih berkesempatan untuk beli tiket lagi... Hehehe..
Aku terima ajakan dari seorang blogger otai, Bro Framestone untuk ke Istana Budaya... Pada mulanya aku rasa nak tolak je tawaran tu memandangkan Jozan takde dalam senarai artis yang akan membuat persembahan... Tambahan lagi bila dapat tahu Douglas Lim yang akan turut serta... Hemmm... Dalam hati dah berkata dah, Lawak Ke Der 3 kali ni mesti hampeh sebab ade Douglas ni...
Tapi, tak disangka sangka si Douglas ni la yang paling menyerlah dan telah mengakibatkan aku sakit kepala bagai nak pecah sebab asyik tergelak je... Bak kata beliau, Best Giler Babi Syialllllll... 5/5 bintang yang boleh aku bagi... Memang tak diragui dan tak dapat nak dinafikan lagi, director Lawak Ke Der 3, Hans Isaac berjaya setelah berani mempertaruhkan beliau untuk buat persembahan..
![]() |
Tengok muka muka para blogger ni lepas keluar panggung, berseri seri kan... Memang happy la tu.. Ape yang pasti baju kaler oren berbelang hitam tu yang paling hensem kan... Hahaha..
![]() |
Muka Ajeeb seakan akan muka Douglas Lim kan... Hehehe.. Sori jeeb, aku ambil gambar ko.. Mungkin ni caara nak credit kot ye dak... Hahaha
![]() |
| Jangan cakap pasal perut haaa.. Sensitip tau... |
Dah nampak betapa hepi nye para blogger tu lepas keluar dari panggung... Tak percaya lagi??? Senang cerita, korang alaminya sendiri... Aku jamin, duit yang korang labur untuk beli tiket tu tak akan sia sia.. Konfem korang tak akan kering gusi dengan para pelawak tanah air ni..
Ape susah sangat, klik je kat Tiket2u untuk tempah tiket... Jangan lupa buka laman web Istana Budaya untuk mengetahui apa syarat syarat dan peraturan yang telah ditetapkan... Kang nanti tak pepasal lak korang kena halau dengan pengawal tu...

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tak terhingga kat Blogger Bro Framestone kerana sudi menjemput aku dan tak lupa kat penaja utama www.ESCnow.com... Jangan lupa datang tengok tau...






1 Komentar untuk "Review Lawak Ke Der 3 2013"
hey!!! ahahahahahaha! sikit je tang sepet tu.. wakakakaka!