Cendol Bakar Vs Cendol Durian

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Cendol Bakar Vs Cendol Durian


Ape macam brader??? Meleleh tak tengok Cendol Durian ni??? Hahahaha... Sebenarnya ini adalah kali pertama aku makan cendol durian ni.... Sepatutnya aku minta Cendol Durian + Aiskrim tapi sayangnya aiskrim kat kedai tu dah habis... 

Pada mulanya nak makan Cendol Bakar, tapi memandangkan Cendol Bakar tu dah ade cawangan kat Dengkil, better aku makan Cendol Durian ni yang mana pada pendapat aku sukar nak cari kat kawasan Putrajaya ni... 

Serius... Memang sedap giler cendol durian ni... Aku rasa durian yang dia guna tu D24 kot... Masa makan tu, rasa nak ngappp je terus sekali ngan mangkuk... Hahaha... Macam tu la cara aku nak terangkan betapa sedapnye cendol ni... 

Tengahari tadi aku pegi Sekinchan, ade kenduri kawen member wife aku... Dan sesungguhnya memang jauh benar nak ke tempat tu... Hadoiii... Balik daripada kenduri tu baru kitorang singgah sini..:


"Keenakan Yang Terigau Igau"... Itulah slogan kedai ni... Dan yang bestnya, owner ni pernah mendapat anugerah Keusahawanan hasil usahanya meniaga cendol...

 Kalau korang datang ke Kuala Selangor, cari lah tempat ni... Senang sangat nak cari, kedai ni betul betul kat tepi jalan... Tak pun google je Cendol Durian Borhan... Konfem jumpa... Yumiiieeeee



4 Komen untuk "Cendol Bakar Vs Cendol Durian"

Cendol durian?? Cer minta resipi, nak gak cuba. Ahakk.

Tak pernah lagi pekena cendol durian.....sedap yeh.....teringin gak nak cuba ni PB...

tak pernah makan cendol durian. mcm teringin lah pulak.

sedapnya! ak xpnh lagi mkn cendol durian..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info