Makhluk Halus Yang Bertandang Part 2

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Makhluk Halus Yang Bertandang Part 2

Ini sambungan cerita sebelum ni... Klik Makhluk Halus Yang Bertandang.. Cerita ini adalah benar dan bukan rekaan semata mata... Cerita ini bukan untuk menceritakan yang aku ni PARANORMAL...

Disebabkan jawapan yang aku ajukan tu semuanya sama, makanya aku terpaksa akur bahawa bukan keluarga aku je yang tinggal di rumah tu, tetapi ade juga makhluk makhluk lain yang turut menetap... Aku berdiam dan terus berdiam sehinggalah pada satu malam tu...... jeng jeng jeng....

Ok... Ini sambungan cerita ni..

....................................................................................................................................

Aku berdiam dan terus berdiam sehinggalah pada satu malam tu, secara tiba tiba Amirah berlari ketakutan dan terus meluru kat aku... Sambil tu dia pandang je kat sliding door... Ok fine... Dia dah mula mengacau anak aku... Aku buat cool je dulu... Kang kalau aku tunjukkan yang aku ni takut, macam mana plak dengan wife aku... Sure lagi takut... Sambil tu dalam hati tengah mengaji... Ntah la ayat ape yang aku baca...

Malam esoknye pulak, tengah tengok tv, tiba tiba Amirah tergelak sambil pandang lagi sliding door seolah olah tengah main 'cak cak' dengan sesuatu... Alamak... Dah pandai bergurau pulak 'dia' ni...

Aku dukung Amirah then terus masukkan dalam buai nak bagi tido awal... Selang sejam tu, tiba tiba sliding door aku bergegar... Waduh waduh...!!! Jangan buat pasal yobbb...Aku ni penakut... Jangan ko tunjuk muka ko yang buruk tu sudah la... (dalam hati)...

Tepat pukul 12 tengah malam, bunyi guli berselang seli dengan bunyi kerusi ditarik dari tingkat atas... Pada awalnya aku cuba positifkan diri sendir dengan menganggap orang dari tingkat atas tengah mengemas rumah... Semakin lama bunyi semakin rancak kedengaran... Bunyi tu bergerak dari arah dapur sampailah dalam bilik air... Aku terpikir, tak kanlah jiran aku kat atas ni susun meja sampai kat bilik air...

Sah... Bunyi ni bukan datang dari atas tapi sebenarnya dalam rumah aku sendiri... Hemmmm.. Wife dan Amirah dah tido, inilah masanya.... Aku beranikan diri, pergi ke beranda rumah dan konon kononnya berinteraksi dengan makhluk tu... Lantak lah, nak tak nak aku kena juga halang benda tu dari terus mengacau...

" Allah telah menciptakan manusia dan jin untuk menyembahNya... Maka dengan ini, kau janganlah mengganggu keluarga aku lagi... Kalau kau nak buat bising, main sliding door ke, main guli ke aku tak halang kau... Janji kau jangan nak tunjukkan muka kau tu sudah... Dan ingat, jangan sesekali kau mengganggu aku dan keluarga aku..." aku cuba berdialog dengan makhluk tu.... Konon macam berani sangat...

Kalaulah benda tu tiba tiba muncul depan aku, konfem aku terkencing dalam seluar... Hahahaha.. Alhamdulillah... Lepas kejadian tu, Amirah dah tak takut lagi untuk memandang sliding door.. Cuma bunyi bunyian tu je yang berterusan setiap malam... Lantak korang lah, janji jangan kacau dan jangan sesekali tunjukkan keadaan korang tu.. Aku ni penakut... Hehehe....

Tapi yang aku peliknya, wife takde pulak perasaan takut... Bila ade bunyi bunyi tu, dia buat relaks je.., Malahan dia boleh berjaga sampai ke pagi sebab nak siapkan keje dia... Hemmmm.. Nampak gayanya, dia lah penyelamat aku... Kahkahkah...!!!!


Siap baca buku ni pulak tu... Hahaha... Aku kongsi satu petikan dalam buku ni, yang Jin Islam tu bagitahu kat pengarang,

"Sebaik baik Jin, adalah sejahat jahat manusia".. Faham tak maksud ayat tu??

1 Komentar untuk "Makhluk Halus Yang Bertandang Part 2"

uit, kau tak panggil orang bersihkan rumah ke? macam buat pagar?

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info