Tudung Pun Berevolusi

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Tudung Pun Berevolusi

Salam semua... Ape kabar arini?? Sihat ke?? Kalau sihat alhamdulillah.. Aku tengah menghitung hari untuk pindah ke tempat baru... Hehehehe... Ye lah kan, aku kan nak pindah dah.. Berhijrah itu adalah lebih baik untuk kita memperbaiki diri sendiri...

Aku rasa ni festime aku buat entry siap ada intro bagai... hahahaha... Ok.. Aku rasa dah banyak kali aku cerita pasal pompuan yang tak bertudung... Kali ni aku nak cerita pasal orang yang bertudung pulak.. Hemmmm!!! Kesian pompuan asik disalahkan.. Tak pakai tudung salah, pakai tudung pon salah....

Bukan nak salahkan korang... Tapi kesian la kat bapa, adik beradik lelaki dan juga suami yang terpaksa menerima saham akibat kelalaian kita... Bukan aku nak tunjuk pandai ataupon berlagak alim tapi just nak menegur...

Aku suka tengok pompuan yang bertudung tapi masalahnya masih terdapat sedikit kesilapan dalam berfesyen.. Just nak berkongsi, kalau terima alhamdulillah.... Sama sama dapat pahala akhirat tapi yang tak terima, maafkan aku... Aku cuma mengambil sedikit pahala dari sifat Tabligh... hehehe..
 
Memang diakui, cara pemakaian tudung memang banyak fesyen... Ade yang melilit kat leher dan macam macam lagi... Tapi sayangnya tudung yang dipakai tidak mengikut hukum syarak... Macam mana pakai tudung mengikut hukum syarak???

…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada… [TMQ an-Nur:31]

Aku ambil dari sumber ini

Baca kat entry lepas aku pasal sorang pompuan yang comel di sini

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah.Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


Fesyen yang berbonggol ni aku tak tahu la... Rasanya ramai yang dah tahu kot tentang hukumnya tapi masih ramai lagi yang pakai macam tu... Semoga korang tak jadi macam gambar kat bawah ni ye....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V



Semoga kita sama sama dapat memperbaiki kekhilafan diri sendiri... Maaf andai ade yang terasa... 


6 Komen untuk "Tudung Pun Berevolusi"

hahahaha the pic looks so hilarious :p revolution la sangat.

p/s: reminder for myself, too..

hihihi..
lawak la tudung berbonggol yang berevolusi tu..
mungkin papa blogger fkr saya tak layak menyuarakan pandangan saya,
almaklumlah saya ni bukannya beragama Islam pun..
tapi saya kesal melihat fesyen pemakaian pompuan bertudung sekarang..
cantik, mmg cantik.
tapi garis panduan tak diikuti..
kdg2 ada juga terfikir,
mereka bertudung kerana agama, ataupun kerana fesyen semata-mata?
ataupun sekadar menutup 'bad hair'?
sorry, sekadar pandangan..
saya juga insan tak sempurna.:)

haha.. dah nak sama mcm alien dah... deno suka pakai tudung bawal... dulu, kini dan selamanya.. takde fesyen2

hahaha..mo ketawa jak tgk..ntah fesyen apa2 jak..:)

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info