Selamatkanlah Keluargaku

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Selamatkanlah Keluargaku



Takde idea nak update blog, so aku pon kongsi dengan korang pasal pageview satu entri ni... Bangga?? yup!! aku bangga sebab ade pageview macam ni... Hahaha... Berlagak?? Takde la nak berlagak kan sebab korang punya lagi hebat... kan.. kan.. kan..

Aku sekarang ni tengah runsing.. Keluarga aku terpaksa lari ke Kota Kinabalu sebab terdengar khabar angin  kononnya ade serangan bakal berlaku di tempat kelahiranku.. Percaya atau tak, buat masa sekarang ni percaya dulu..

Huhuhu.. Aku hubungi mak aku dan aku minta dia datang ke Putrajaya demi keselamatannya... Tapi korang tau ape mak aku jawab???

" Takkan aku sorang je lari ke KL, adik beradik ko yang lain macam mana... Kalau diorang semua tak dapat ikut, takpelah.. Ape ape yang berlaku, mak dengan diorang sekali terlibat..."

Mengalir air mata aku.. Andai kata terjadi peperangan kat sana, adik beradik aku semua dapat berbakti dengan mak aku, tapi aku???

Semoga Allah menyelamatkan keluarga aku dan juga negara kita yang tercinta ini... Sama sama kita berdoa semoga keamanan negara kita ini berpanjangan...
3 Komen untuk "Selamatkanlah Keluargaku"

Semoga semuanya dilindungi olehNya..

semoga semuanya berada di dalam keadaan selamat.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info