Mulut Tu Jangan Jahat Sangat

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Mulut Tu Jangan Jahat Sangat

Salam jumaat kepada semua blogger... Harini camner hari anda??? Ada syokkk??? Alhamdulillah, hari ni adalah hari berbahagia.. Entah la kenapa, aku rasa sangat tenang dan gembira je harini.. Huhuhu..

Berbalik kepada tajuk asal... Ni adalah kisah benar terjadi kepada kawan wife aku.. Kisah ni pon wife aku gak yang cerita kat aku.. Memang sedih wooo.. Aku yang dengar cerita ni pon aku sedih... Bagi menyedapkan cerita ni, aku ubah dialog dan jalan cerita.. Senang nak faham...

Kisahnya camni.. Ade sekumpulan pelajar ni menyewa rumah dekat kawasan UiTM, biasalah budak lelaki tanpa motor seperti orang yang patah kaki... Tak boleh nak kemana mana tanpa motor.. Kebetulan si mamat ni, Salman (petik je mana mana nama) beli helmet baru... Helmet cantik pulak tu... Bila dah sampai rumah, helmet yang dia beli tu letak kat motor dan dia pulak masuk tido...

Keesokan harinya, dia terkejut bila helmet yang dia baru beli tu dah hilang... Hati mana tak panas dan sakit bila helmet yang dibeli dengan duit yang dikumpul berbulan bulan tu hilang.. Dengan hati dah panas, segala sumpah serana dan maki hamun dikeluarkan kepada orang yang 'mencuri' helmet dia tu...

" Bab*  betul la sape yang curi helmet aku ni... Memang s*al betul la... Aku harap budak yang curi tu mati kena langgar... Biar mamp*s ko setan"... dah puas menyumpah orang tu, Salman pon masuk rumah semula sambil membebel lagi dalam hati...

" Ko ni kenapa Salman?? Muka macam ayam berak kapur je.. Ayam yang berak kapur tu pon lagi 'hensem' dari ko.. Hahhahaha"... gurau kawan Salman, si Khairol...

" Mana aku tak hangin rul, helmet yang baru aku beli tu kene 'pau' la bro... Bangsat betul budak tu..."

" Eh!!! Aku lupa nak bagitahu ko.. helmet ko tu Azman pinjam malam tadi... Dia kelam kabut nak balik.. Helmet dia tu kan takde visor.. Dia nak balik Kelantan sebab mak dia meninggal malam tadi kat hospital.. Dia tak sampai hati nak kejut ko tengah malam tadi "

Tiba tiba henpon Khairol tu berdering.. Pihak hospital hubungi dia sebab panggilan yang terakhir adalah nama Khairol... Pihak hospital bagitahu yang member serumah dia meninggal dunia akibat cedera teruk di bahagian kepala...

Bila Salman dapat tahu, dia hanya mampu menangis dan menyesal dengan ape yang dia ungkapkan tadi... Dia pon tak sangka yang mulutnya sangat masin....

Renung renungkan...


8 Komen untuk "Mulut Tu Jangan Jahat Sangat"

Klu tgh marah memang susah nak kawalkan.

hmm... tu la pasal... mulut org teraniaya ni mmg sgt bahaya...

Astaghfirullah al-azim...huhu...sedihh jgk :'( kesian kwn die tu...kesimpulannya dlm apa jua keadaan mulut kena jaga, jgn sesedapa rasa ja ckp sebelum dpt bukti kan..huhuh

itu sebab kena belajar bersabar lebih sikit...

sebelum nak amik tindakan atau berdoa (dalam kes ni), check dulu keadaan betul2. tanya orang sekeliling untuk dapatkan kepastian.

apapon semoga arwah dicucuri rahmat. n takziah buat keluarga..

Ya Allah sedihnyer cerita..sentiasa kawal ae yang diucap

mesti dia menyesal sangat cakap mcm tu....aish.....I can feel the guilty.... :(

hm.... mesti menyesal dan rasa bersalah dia.....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info