Untuk Seorang Isteri & Bakal Isteri

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Untuk Seorang Isteri & Bakal Isteri




1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.(Hadis Riwayat Tarmizi)
“Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

P/s: Banyak keistimewaan seorang isteri kan.. Tapi kalau seorang isteri tu g belasah suami dia camner?? hehehe.. pernah dengar kes kan isteri gangster.... Asik nak belasah suaminya..

4 Komen untuk "Untuk Seorang Isteri & Bakal Isteri"

perkongsian ilmu yang menarik.. erk? kalau isteri belasah suami tu, x dapek la nak nolong nya..haha..

*eh, blog ni bertukar wajah eh?.. cantik la.. :D

pagi-pagi Jumaat nie satu info yang bagus utk para isteri-isteri...

mudahnya wanita bergelar isteri ni masuk syurga kan..

errk, kalau isteri gasak suami tanpa sebab tu mmg xpatut la. p selalunya wanita ni rasionalnya ada.. takkan tetiba nak gasak suami tanpa sebab kan?? =) hehe

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info