Persediaan Hari Kiamat Di China

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Persediaan Hari Kiamat Di China



BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi.
Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. 

Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.

“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya..

Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. 

“Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.

Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’ mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan. – DM

P/s: Betapa kuatnya pengaruh orang orang barat untuk memesongkan akidah orang lain... Kat Malaysia pon ade juga yang percaya tau.. Bukan kat sana je.. Cuba baca kat Kiamat Berlaku 21 Disember 2012???


6 Komen untuk "Persediaan Hari Kiamat Di China"

kalau nak kiamat, buat la macam mana pown tetap akan musnah jugak..
semua di tangannya

Tetap terjadi walaupun cuba kita elakkan. Bukan ke Allah tu lebih berkuasa !!

bersungguh mereka buat persediaan..huhu

Kalau nak kiamat, xpayah buat apa2, persediaan ats tikar sejadah lagi baik...~Audit diri~
Ingat..bila2 masa pun boleh kiamat,Esok hari jumaat pun boleh xpayah tunggu 21/12/2012.. Sekali Allah sebut Kun fayakun...terjadilah..
Moga kita umat2 Islam akhir zaman dimatikan ALLAH dlm iman..Amin

apa la singkat sgt pemikiran dorang ni...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info