ALOR SETAR — Seorang kanak-kanak lelaki
berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki
ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini semalam.
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di
sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam
pada muka dan kecederaan pada testis.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46,
berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25,
yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik
berhampiran.
Padzilah berkata dia percaya cucu
pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi
didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.
“Dua hari lepas, cucu saya ada telefon
ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik
rumah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.
Padzilah juga berkata dia menjaga
kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibu bapa mangsa berpisah ketika
mangsa berusia lima bulan.Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekali sejak beberapa bulan lepas.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23,
berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan,
pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman
lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan
calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB
untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah
perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam tadi.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan ketika dihubungi berkata pihaknya
menunggu hasil keputusan bedah siasat, dan jika terdapat unsur dera,
lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut.
P/s: Kejam betul dunia sekarang ni kan.. Asik dera budak budak je... Ape la jadi sekarang ni..Sedih aku baca berita ni..
3 Komen untuk "Mati Didera Lagi"
Patutnya tangkap si bahlul tu, bagi kat org ramai jap..aaa biar dia rasa kena dera cmana pulak..!!!
apa la nak jadi.. ni mesti kes nak mak je..anak xnak kan.. selalu cmtu la.. klau nak maknya, syng jgk la anak tu wlpun bukan ank sndiri..
bila stu dh terjadi..akn jadi kes mcm ni lgi..bile kes buang bayi..buang bayi la lagi..bile la org nk sedr..