Genap Sebulan Pemergiaan Arwah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Genap Sebulan Pemergiaan Arwah

Dah 30 hari bapa aku menemui Yang Maha Khaliq... Aku rasa macam baru semalam aku dapat borak dengan dia.. Macam baru semalam aku peluk dia erat erat.. Yupp!!! Kerinduan ini yang amat berat untuk aku tanggung.. Selama ni bila aku rindu, aku dapat dengar suaranya... Tapi sekarang, hanya gambar je yang mampu mengubat rindu...

" Sayang, abang nak pergi dah ni "... ( dalam bahasa bajau ).. itulah kata kata terakhir arwah diajukan kepada mak aku.. Namun pada masa tu, mak aku bagitahu kat bapa aku, yang kite sebagai orang islam tak baik kite berputus asa dengan ujian Nya,,,

" Tidak sayang, memang abang nak pegi dah ni.. Tak dapat nak tunggu anak anak kita datang sini "...

Jam 10 malam, mak aku telepon dan suruh aku balik secepat mungkin.. dan dikhabarkan pihak hospital akan bawa ke hospital Queen Elizabeth yang mempunyai peralatan yang canggih.. Semua keluarga aku dah berkumpul di wad masa tu kecuali aku.. 

Jam 2 pagi, abang aku telepon.. Dia bagitahu aku yang dia akan menemani bapa aku dalam ambulans dan keluarga aku yang lain just follow dari belakang.. Aku meletakkan harapan yang sangat tinggi agar aku dapat menatapnya dan meminta ampun sebanyak yang mungkin... Tapi, harapan hanya tinggal harapan...

Jam 4 pagi, sekali lagi abang aku kol dan bagitahu yang bapa dah pergi buat selama lamanya.. Aku dengar khabar tu, seolah olah badan aku melayang.. Segala sendi sendi terasa tak bermaya.. Hanya wife aku yang menenangkan aku..

Aku berdoa kepada Allah untuk berikan aku kesaktian agar mudah aku sampai ke kampung.. Itulah manusia, disaat genting dan sukar, kepada Allah juga kita meminta... Waktu penerbangan aku adalah jam 11.30 pagi.. Seminit bagaikan sejam, dan sejam bagaikan sehari aku menunggu...

Hanya berbekalkan sedikit harapan, aku sekali lagi berdoa kepada Yang Maha Esa untuk memberikan aku kesempatan agar dapat aku berbakti untuknya buat kali terakhir.. Kalau tak sempat untuk memandikannya, untuk mengkafankan jenazah pon takpe.. Kalau tak dapat nak kafankan jenazah, menjadi imam solat jenazah pon jadilah.. Kalau tak dapat nak imamkan solat jenazah tu, menjadi makmum sekali pon aku bersyukur... Kalau tak dapat semua tu, aku minta kepada Allah untuk memberikan aku kesempatan untuk mengusungnya ke kubur.. Sebab tu kita tidak digalakkan mengguna perkataan 'kalau'.. Bermacam macam doa yang kita minta..

Tapi Allah dah aturkan segala galanya.. Aku hanya mampu melihat batu nisan yang baru diletakkan.. Aku hanya mampu mendengar kalimah terakhir dari imam yang membacakan talkin... Betapa hancurnya hati masa tu.. Aku tak dapat terima kenyataan.. Pemergiaannya amat memedihkan dan menyakitkan hatiku... Aku seolah olah menyalahkan Allah kerana tidak memberikan kesempatan buat ku untuk kali terakhir..

Tapi, Allah menurunkan hujan yang lebat dan akan menganugerahkan kita pelangi yang sangat cantik dan indah... Aku muhasabah diri... Aku tanya kepada diri sendiri, kenapa Allah aturkan perjalanan yang sangat sukar untuk aku menuju ke kampung... Dan jawapannya sangat simple...

Bila aku tak sempat jumpa arwah, maknanya rindu kepada beliau sangat mendalam.. Dan bila rindu al Fatihah la hadiahnya... Hadiah tu akan dapat membantu arwah di sana... Dengan hadiah tu juga dapat melapangkan kubur arwah.. Dengan hadiah itu juga aku dapat membantu menerangkan kubur arwah... Alhamdulillah... Allah adalah Maha Pengatur Segala galanya..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 


 "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


Alhamdulillah... Hanya ayat ni yang sering bermain dikepala bagi menenangkan diri sendiri... Aku tanya mak aku dan keluarga yang berada disisi arwah disaat Sakaratulnya, aku teringat satu kitab yang memberitahu petanda petanda seseorang itu mati dalam Khusnul Khatimah... Salah satunya adalah meninggal di malam jumaat...  Semoga pemergiaan arwah dalam keadaan Khusnul Khatimah.. Insya Allah...

Dan marilah bersama sama dengan aku untuk sedekahkan al Fatihah dalam seminit dua ini.. Dapat hadiahkan kepada arwah dan kepada keluarga kita yang telah pergi buat selama lamanya...

Al Fatihah~~~

6 Komen untuk "Genap Sebulan Pemergiaan Arwah"

al-fatihah :)semoga sentiasa tabah ..

al-fatihah...
kuatkan semangat, ujian datang darinya

al-fatihah..moga ayh papa blogger ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

Alfatihah...semoga roh arwah tenang di sana...amin..

Takziah dan al-Fatihah untuk bapa awak. Saya juga baru kehilangan mak tesayang.

Perit sungguh rasanya tapi saya redha.

Takziah dan Al-Fatihah.

Saya pun baru kehilangan mak tersayang. Rasa belum pulih betul semangat saya ni.

Tapi saya redha.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info