Ahli Magik Pon Bukan Magik Juga
Huuu!!! Magik konon.. Kalau magik nape boleh terbakar lak?? Haaa.. Camni ceritanya.. Yang bakar ahli silap mata tu adalah pengacara tv.. Secara tiba tiba pengacara tu datang dan sembur minyak wangi yang mudah terbakar tu then sembur kat ahli magik tu...
Amekkk kawww!!! Hahaha.. Kelakar pulak aku tengok ahli silap mata tu menggelupur kena bakar.. Selalunya buat magik potong badan la, potong kaki la.. Sekarang kepala sendiri terbakar pon tak boleh nak selamatkan diri sendiri.. Hahaha
Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
Aku sebenarnya memang tak suka dengan ahli magik ni, sebab kekadang magik yang diorang buat tu kekadang diorang minta tolong ngan setan.. Tapi, kalau kat Malaysia, aku tak berapa pasti.. Dan aku yakin, orang malaysia buat magik bukan menggunakan sihir.. Betul kan.. kan...
Sumber: Harian Metro
3 Komen untuk "Ahli Magik Pon Bukan Magik Juga"
hahahaha. lawak sih. tapi kan ada buku magik, boleh belajar dari sana. cik F ada buku magik tu dulu... tapi 1 pun tak menjadi.... last2 buku tu yang kena bakor~~
magik? kalau sebut magik teringat harry potter :)
david coperfield barulah seorang master magic bro..