Sumpah yang dilafazkan oleh orang giler yang nak menghapuskan para penghafal al Quran.. Sakit pulak hati aku baca artikel ni.. Teruskan membaca...
“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap
bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih
bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia
menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada
1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari
ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan
pewaris di bumi Palestin.
Bagi Israel, ancaman kanak-kanak
Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia
masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran.
Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai
kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang
berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara
kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai
dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim
ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita.
Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada
nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa
kasihan terdetik di jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita
semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana
akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak
Palestin di negara kiblat pertama itu.
Bantuan boleh kita berikan dengan doa
yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi
kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa
wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar
peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin
asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran
dan bergurau senda dengan keluarga.
Sementara di Gaza, mereka berteduh di
rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung
sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar
berakhir.
Menyumbanglah. Hulurkanlah derma
menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar
Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut
boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain
03-51013820.
Sebelum ini, sumbangan pertama daripada
Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif
Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk
dihantar ke Gaza.
1 Komentar untuk "Sumpah, Aku Bakar Bayi Di Palestin"