Sedekahkan Al Fatihah Kepada Arwah...

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Sedekahkan Al Fatihah Kepada Arwah...

Alhamdulillah... Tepat jam 6.30 petang jenazah bapa aku selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah walaupon dikala musim hujan... Aku sampai ke lapangan terbang KK tepat jam 2 petang.. Tapi aku terkial kial tak tahu mana nak tuju...

Sebelum ni dan selama ini, aku balik kampung pasti ada yang menunggu di pintu ketibaan.. Dan setiap kali tu, bapa aku yang selalu jemput aku kat Airport.. Tapi harini sangat berbeza... Sehinggakan aku terlupa, dan aku tercari cari orang yang selalu jemput aku tu...

Bila dah puas terkial kial, aku tanya staf Airport tu macam mana nak pergi terminal KK... Masa tu hujan yang teramat amat lebat seolah olah turut menangisi pemergian orang yang aku sayang... Keluarga aku sering telepon semata mata nak bagi peluang untuk aku menatap wajahnya buat kali terakhir...

Tapi apa kan daya, Allah mempunyai perancangan yang sangat teratur untuk menguji setiap hamba hamba Nya... Aku sampai di tanah perkuburan, talkin dah habis di baca.. Aku hanya mampu pandang dari jauh seperti orang yang kehilangan mata untuk melihat...

Aku menghampiri kubur arwah bersama sama dengan adik beradik aku yang lain... Korang mesti dapat agak kan, tangisan siapa yang paling kuat masa tu... Iye.. Aku akui.. Aku menangisi pemergian arwah dengan seribu kekecewaan.. Kecewa sebab tak dapat menatap, mengusung dan memandikan arwah...

Tapi disebalik kekecewaan tu, aku amat amat gembira dan bersyukur.. Jenazah dimandikan dan dikafankan dengan tangan tangan adik beradik aku... Bakti mereka diperlukan sehingga ke akhir hayat.. Rumah aku diselubungi dengan kesedihan dan dipenuhi dengan tangisan..

Aku hanya mampu berdoa, dan sedekah kan sebanyak yang mungkiin al Fatihah kepada arwah bapa aku... Sesungguhnya, doa anak anak yang soleh akan sentiasa membantu arwah di alam sana... Insya Allah...

Semoga kita berjumpa lagi di entry yang lain ye.. Selamat Malam... Sama sama sedekahkan al Fatihah kepada arwah bapa aku... Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan bapa aku sehingga ada yang buat entry untuk ucapkannya.. Jasa kamu sekalian hanya Dia yang mampu membalasnya...

~~Al- Fatihah~~

6 Komen untuk "Sedekahkan Al Fatihah Kepada Arwah..."

sedihnya... :( salam takziah dari deno untuk papa sekeluarga.. al-fatihah

al-fatihah... kuatkan hati tabahkan smngat ye papa...
setiap yg hidup pasti merasa kematian..

Salam takziah dari Mawar buat papa sekeluarga... Semoga roh ayh papa berada dikalangan org2 yg beriman. Amin. Al-fatihah....

Salam takziah untuk papa blogger sekeluarga... Al-fatihah.

Minta maaf saudara. saya baru terbaca entri entri saudara hari ini.
Salam takziah. Semoga saudara dan ahli keluarga kuat dan tabah menghadapinya. Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya sentiasa dicuhcuri rahmat.Amin.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info