Pergi Seribu Kesedihan,Balik Sejuta Kenangan

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Pergi Seribu Kesedihan,Balik Sejuta Kenangan



Tanggal 23 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 08 November 2012 adalah tarikh yang tak mungkin aku lupakan.. Tarikh perginya seorang ayah menemui Yang Khalik, Allah Azza Wa Jalla...

Hari sabtu beberapa minggu yang lalu, aku terima panggilan dari mak aku, menyatakan yang bapa aku dimasukkan ke wad kecemasan.. Tu pon lepas dipaksa oleh cucu kesayangannya, dan juga kakak kandung aku...

Bapa aku memang tak suka ke hospital tapi kalau nak temankan orang lain ke hospital memang suka.. Sama macam aku... Takut sangat nak jumpa doktor.. Bermacam macam andaian yang bermain di kepala bila tiba ke hospital...

Bila dah dimasukkan ke wad kecemasan, doktor mengatakan yang beliau kekurangan darah.. Darah beliau jenis O dan stok darah O kat hospital tu sangat sangat terhad.. Untuk mendapatkan darah O tu, keluarga aku perlu menggantikannya..

Lepas darah dimasukkan ke tubuh bapa aku, kesihatan beliau bertambah baik tapi bila doktor periksa, doktor tu terperanjat sebab darah yang dimasukkan sebentar tadi tiada dalam tubuh.. Sekali lagi doktor masukkan, dan seperti sebelum ni, darah tu masuk ke tubuh tapi kandungan darah dalam badan seolah olah tidak terdapat sebarang penambahan..

Doktor buat keputusan untuk bawa bapa aku ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada hari Isnin minggu lepas, namun bapa aku buat pilihan untuk ke hospital tu dengan ditemani anak anaknya tanpa menaiki Ambulans.. Bila dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, tiba tiba...

Bersambung... Aku kan suka buat akasia, drama melayu yang ada episod.. hehehe
Setiap entry, aku akan minta korang semua bersama sama dengan aku untuk sedekahkan al Fatihah untuk arwah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Aminnn..

Al Fatihah...

2 Komen untuk "Pergi Seribu Kesedihan,Balik Sejuta Kenangan"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info