Aku Mengharapkan Doa Kalian

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Aku Mengharapkan Doa Kalian



Semalam selepas aku balik dari IKEA, aku terima panggilan dari kampung.. Mulanya bapa aku dalam talian tapi tak sampai seminit, bapa aku bagi telefon tu kat emak aku...

Jarang sekali diorang call aku, melainkan diorang tunggu aku call... Masa aku call tu yang selalu gayut lama lama.. Biasalah, duduk di perantauan ni mak bapa kita la paling risau walaupon kita ni dah beranak pinak... Bukan setakat risau, malahan rindu diorang tu semakin mendalam..

Mak aku cakap dalam nada yang sayu.. Dalam hati aku, mesti ada berita yang tak sedap didengar ni...

" Bapa dalam wad.. Sebelum ni dalam wad kecemasan.. Bapa cakap dia rasa nak pitam "... Emak aku terangkan secara detail lagi...

Sejak 5 tahun aku di Semenanjung ni, baru kali ni mak bagitahu aku bila bapa aku masuk kat wad... Itu pon lepas aku marah sebab langsung tak nak bagitahu aku bila diorang masuk wad... Bapa aku jarang sangat sakit, darah tinggi pon takde, apatah lagi kencing manis.. Tapi sejak dua menjak ni kesihatan dia terjejas..

Aku difahamkan, bapa aku kekurangan darah.. Darah dalam badan bapa aku tinggal 50 ( aku tak tau sukatan bagi darah dalam badan )....Lepas tu, aku call semua adik beradik aku untuk dermakan darah secepat mungkin...

Bila aku call, cuma seorang je yang boleh derma... Kakak aku yang kedua, sebab darah bapa aku kategori darah 'O'... Kitorang adik beradik semua darah 'A' cuma sorang je yang berdarah 'O'... Bila dah terima darah, ade pula masalah lain...

Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik dan esok akan dihantar ke Hospital Besar Queen Elizabeth, Kota Kinabalu... Fuhhhh!!! Hati aku tak tenteram... Aku rasa nak balik je temankan bapa aku kat wad...

Aku sangat mengharapkan untuk para pembaca blog ini turut sama sama dengan aku mendoakan bapa aku semoga cepat sembuh...

7 Komen untuk "Aku Mengharapkan Doa Kalian"

Saya doakan yang terbaik buat bapa awak..Kalau saya dekat boleh dermakan darah coz jenis o jugak saya ni...

Sabar bro...

semoga datuk amirah cepat sembuh ye! amin

sabarlah. semoga Allah memberi rahmat dan sembuhkan bapa awak.

sy doakan semoga bapa dalam keadaan sihat dan cepat sembuh..mudah2an dia tabah hadapinya.semoga dia kuat semangat

insyaallah.. deno pun sama-sama doakan... papa doakan deno juga ya... T_T

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info