11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza



GAZA, (PIC)– Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga.

Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah.
Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah.


Dengan kesyahidan 11 lagi warga Palestin tersebut, jumlah mangsa keganasan Israil kini meningkat kepada 66 orang sejak ia bermula pada hari Rabu lepas.

Aman Palestin

Mari kita berdoa bersama sama untuk membantu saudara saudara seagama dengan kita agar diberikan kemenangan dalam membela negara dan agama... Lupakan doa doa orang politik yang ingin menjatuhkan parti politik yang lain.. Dikhabarkan budak budak dibunuh adalah kerana kebanyakan budak budak kat Palestin adalah penghafal al Quran... 

Tenaga tak dapat nak bantu tetapi kekuatan kita hanya doa.. Semoga Allah kabulkan doa doa kita....
Ya Allah.. Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung burung ababil menghancurkan tentera tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon pada Mu, Ya Allah.... Turunkan bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Palestin, hancurkan REJIM ZIONIS yang KEJAM... Amin!!!

Takbir!!!!!!!



4 Komen untuk "11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza"

Ya ALLAH..selamatkan saudara2 kami di Palestin Ya ALLAH..

nauzubillah.. br ni ade terbace Allah da tentukan jlan yg macamni utk palestine..sb wktu di serang adla 1 muharram thun baru..semua rakyat islam ade azam baru dan banyak bbuat kebaikan time tu.. Jannah tempat mereka.. jazakAllah Khairan

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info