Celok dari Facebook |
Bila seseorang yang berilmu, tawaduk dan berkelebihan sikit, orang orang yang akan bising adalah dari kalangan yang KURANG ILMU, SOMBONG dan BANYAK KEKURANGAN... Bila orang yang menyampaikan ilmu yang betul dengan caranya, mula orang pertikaikan yang orang tu sesat...
Aku semakin pelik dengan manusia ni, pantang tengok orang ada kelebihan sikit.. Kompom mulut mulut yang busuk ni akan berbunyi dan mengata bermacam macam.. Jangan kan ustaz Azhar Idrus yang memang terkenal dengan ilmu Fiqh dan selalu mengajar ilmu fardhu ain kat serata Malaysia, malah blogger sendiri pon kena juga..
Blogger tu bukan aku lah kan.. Ada ramai blogger yang orang tak suka.. Semakin kita banyak berkongsi, semakin ramai yang benci.. Sebab ape, apa yang ditulis dalam blog tu, mesti ada dia rasa yang orang tu tengah mengata diri dia sendiri walhal blogger tu untuk mengingatkan diri sendiri...
Orang orang macam ni suka sangat tengok kita jatuh.. Jangankan blogger yang terkenal, aku sendiri pon terkena tempias.. Weh!! aku tak terkenal lagi la.. Yang kutuk kutuk blog aku kenapa?? Tapi aku suka juga tengok orang yang mengutuk ni, sebab dia memang akan selalu baca apa yang aku tulis.. Hahaha
Lantak ko la bro, ko tak suka,, jangan datang sudah.. Betul apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap tu,
"Kalau Tidak Suka Cara Ambe Mengajar, Ambe Tak Paksa Mari Dengar Kat Ambe, Kalau Nak Mendengar, Hormat Majlis Orang Lain"...
2 Komen untuk "Lebih Sikit, Orang Kita Yang Tak Suka Dengan Kelebihan Tu"
org ni pelbagai....
biasalah, orang cemburu dengan kita..
tapi semakin orang cemburu, semakin berjaya la kita..haha..think positive..=)