Ikan Siakap Bakar Ala Sepanyol

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Ikan Siakap Bakar Ala Sepanyol

Ikan yang dah siap lumur dengan bahan yang dah ditumis

Nampak macam sedap kan

Sedia untuk di makan

Macam kat restoran kan..

Tengok tajuk macam best kan.. Yes!!! Memang best pon.. Best tak terkata weh.. Hehehe... Aku kan orang Sepanyol... Kena lah up negara sendiri gitu.. hahahah

Dan semalam inilah projek aku dengan wife aku.. Buat makanan dan lauk ala ala restoran.. Sekali sekala nak juga masak yang vogue dan ekslusif sikit.. Nyam nyam.. Siap ada Ikan Bakar Ala Sepanyol, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung Ala Ana Ikan Bakar Petai dan Tom Yam Campur... Nyam nyam.. Korang terliur tak???

Aku nak kongsi sikit resepi Ikan Siakap Ala Sepanyol aku ni... Nak cuba silakan,, kalau yang tak suka tu, jangan baca la.. Aku saja nak berkongsi keenakan makanan yang buat sendiri... hehehe

Bahan - bahan:

Ikan siakap 800gram
Daun limau purut
Lada sulah
Air
Gula
Garam

Bahan bahan yang dikisar:

Bawang putih
Bawang merah
Serai
Cili padi ( kalau nak pedas )
Cili kering
Jintan manis
Jintan putih

Cara-caranya :

1. Tumis bahan dikisar... Masukkan sedikit air, lada sulah dan daun limau purut, garam dan gula mengikut kesesuaian.. Tumis sehingga naik bau...
2. Lumur bahan bahan yang ditumis pada Ikan siakap
3. Bakar dalam oven pada suhu 180c dalam masa 20 minit.. Jangan lupa alaskan dulang dengan daun pisang atau kalau susah sangat nak cari daun pisang kat bandar, boleh guna aluminum foil...
4. Dah selesai tu, apa lagi tunggu.. sebat la,.. hehehe sedap weh..

Selamat Mencuba





0 Komentar untuk "Ikan Siakap Bakar Ala Sepanyol"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info