SEORANG isteri tergamak menggunakan
darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut
segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut
menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar
rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan
menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan
orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan
kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain
mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai
Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun
lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling
Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak
sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu
terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang
disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk
menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi
malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah
meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala
hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi
serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya
menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah
kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan
sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu
kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak
sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu,
saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.
Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat
demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan
perbuatan berkenaan.
“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya
sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang
pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak
masuk.
“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi
pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,”
katanya.
Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding
dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan
bulan.
“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000
tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000
sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba
masanya.
“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh
RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara
yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.
Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.
“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula
berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya
seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih
menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat
bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.
“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui
seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya
menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak
kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.
“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.
Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan
Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan
pemulihan berterusan.
“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun
namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain
memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya
masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.
Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu
merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang
dan bahagia.
Apa pendapat korang?? Mengapa begitu tergamaknya isteri dia buat macam tu?? Demi duit ke??
4 Komen untuk "Astagfirullah: Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami"
hish!!! sanggup si isteri buat begitu..tidak bau syurga....
Berdosa besar buat suami mcm ni
saya pun ada baca berita ni dalam paper.mcm-mcm betul manusia sekarang ni.
aduhai... mcm2 lah skrg ni...