18 SG: Koma Lepas Di Gusti Hanya Sebab Air Suam

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

18 SG: Koma Lepas Di Gusti Hanya Sebab Air Suam



Wah!!! Ini rancangan tv yang paling aku minat dari kecil sampailah sekarang.. Walaupon aku tau rancangan ni memang wayang je lebih, tapi aku memang minat.. Aku dulu pon terpengaruh dengan bapak aku sendiri.. Sebab bapak aku tu cuma 3 rancangan je yang paling dia minat...

1. Gusti
2. Berita
3. National Geographic ( yang banyak menceritakan haiwan darat dengan laut )..

Bapak aku memang semangat betul tengok gusti tapi tak pernah pulak dia pukul kitorang dengan aksi aksi gusti tu macam smack down..

Dalam Metro Online hari ni aku baca satu berita yang menarik minat aku, iaitu cerita pasal gussti juga... Hanya kerana lambat bagi air suam, pelayan tu sampai koma dikerjakan.. Betapa kuatnya pengaruh gusti tu.. Kalau dulu, gusti ni tidak digalakkan untuk kanak kanak menontonnya, tapi sekarang orang tua pon patut tak digalakkan juga kot.. Kecuali aku dan bapak aku.. hahaha








KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Korang bayangkanlah, betapa kuatnya pengaruh gusti sampai lambat nak bagi air suam, bahana yang diterima oleh pelayan ni terlantar kat hospital.. Ganas ganas!!!!

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta. 

Nak lagi menarik, lepas belasah dan smack downkan pelayan tu, orang yang membelasah boleh lepak lepak lagi kat kedai tu selama 2 jam sebelum dia blah... Hemmmm

Mana orang sekeliling??? Kenapa tak bantu weh.. Negara Malaysia ni negara yang ramai dengan orang melayu.. Tak kan semua dok bersorang suka sebab tengok orang kena belasah???

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.


Apa pendapat korang sebagai seorang warganegara Malaysia, sebab ape sikap kita jadi macam ni???
1 Komentar untuk "18 SG: Koma Lepas Di Gusti Hanya Sebab Air Suam"

erk... kuat ebtl pengarih TV ni kan... deno masa zaman sekolah rendah sgt minat gusti, sanggup tido lwt tengok gusti dgn abah... bila makin dewasa dah tak minat... hehe

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info