Ibu Terlupa Letak Anak Atas Bumbung Kereta

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Ibu Terlupa Letak Anak Atas Bumbung Kereta

 


Masya Allah, aku ingatkan aku lah yang paling lupa.. Semua benda pon aku boleh terlupa... Tapi rupanya ade lagi manusia yang paling pelupa...

Bayangkan sampai anak sendiri pon boleh terlupa yang dia simpan kat atas kereta... Bayangkanlah,,, baby dia boleh letak kat atas kereta.. Disebabkan penyakit lupa, dia boleh terus gerak sedangkan anaknya masih kat atas kereta.. 

Nasib baik takde orang yang langgar.. Adoi!!! Harap harap penyakit pelupa aku takde la teruk sampai macam ni... Ngeri aku...


Phoenix – Seorang bayi berusia sebulan nyaris maut selepas terjatuh daripada kereta yang dipandu ibunya hanya kerana wanita tersebut terlupa bahawa dia meletakkan bayinya di dalam kerusi bayi di atas bumbung kenderaan terbabit.
 
Selepas menyedari bayinya tiada dalam kereta, Catalina Clouser, 19, terpaksa memandu semula ke 45th Avenue dan Chollas untuk mencari bayinya itu.
 
Namun setibanya di kawasan berkenaan, dia berasa lega kerana bayinya telah ditemui orang ramai.
Catalina kemudiannya mengaku perbuatannya dan dia telah ditangkap oleh polis atas dakwaan mendera bayi dan memandu dalam keadaan positif marijuana.
 
Beberapa jam sebelum itu, teman lelakinya telah ditangkap polis atas dakwaan berkaitan dadah.
Sedih dengan tangkapan itu, Catalina telah memandu ke rumah rakannya bersama bayinya untuk menghisap marijuana di situ.
 
Dua beranak itu kemudiannya meninggalkan rumah terbabit dan ketika itu bayi tersebut tidur di dalam kerusi bayi, namun Catalina terlupa membawa masuk bayinya ke dalam kereta sebaliknya telah meletakkan bayi itu di atas bumbung kereta sebelum memandu kenderaan itu.
 
“Kerusi bayi itu rosak teruk dan ketika itu orang ramai menyangkakan bayi berkenaan telah dilanggar kereta namun dia bernasib baik terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
 
“Bayi itu dikejarkan ke hospital namun doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat,” kata seorang pegawai polis. Bayi tersebut kini ditempatkan di rumah kebajikan.
 


0 Komentar untuk "Ibu Terlupa Letak Anak Atas Bumbung Kereta"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info