Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal

EIJING – Seorang wanita tidak sengaja telah mengepam bayi yang baru dilahirkan ke dalam lubang tandas, menyebabkan bayi tersebut kini dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital.
Bayi itu berjaya dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengambil masa selama 15 minit untuk mencari kedudukannya.
 Dalam artikel ni menyebut, ibu mangsa yang telah melahirkan baby dalam tandas, tidak sengaja 'terpam' babynya sampai masuk dalam lubang tandas...
Selepas berjaya dikesan, mereka terpaksa memecah saluran paip di bangunan itu dalam usaha mengeluarkan bayi tersebut.
Dia bernasib baik kerana saluran lubang tandas itu agak besar dan membolehkannya melalui lubang itu bersama air yang dipam.
Drama menggemparkan itu berlaku di bandar Zhaoyang pada Sabtu lepas. Wanita tersebut ketika itu dalam perjalanan hendak ke hospital untuk bersalin ketika singgah menggunakan tandas jenis cangkung itu.
Ketika kejadian, wanita itu memasuki tandas dan meminta suaminya menunggu di luar.
Kejadian sama pernah berlaku kepada seorang ibu muda berusia 19 tahun di wilayah Jiang Su pada 2006.Namun bayi berkenaan berjaya diselamatkan dan dia pulih sepenuhnya.

Aku jadi pelik sebenarnya.. Tak kan dia tak perasan yang dia terberanak.. Sampai dia terpam anaknya dalam lubang tandas.. Hemm.. Tapi maybe betul juga kan.. Sebab aku dengar orang yang bersalin ni masa nak beranak tu sakit perut macam nak buang air besar...

Aku tak salahkan mak budak ni 100 % sebab ade juga kejadian ni berlaku di negara kita.. Ya.. Aku pernah mendengarnya terjadi yang kononnya pompuan tu ke tandas sebab nak buang air besar, sekali tengok... Bukan najis yang keluar tapi baby.. hehehe

Jangan ingat semua kes macam ni adalah anak luar nikah pulak ye... Jangan salah faham..

0 Komentar untuk "Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info