Sebelum aku teruskan tulusan aku ni, aku nak minta maaf kepada semua perempuan yang membaca entry ni... Sungguh aku sendiri adalah insan lemah.. Selemah lemah insan dan senipis nipis iman...
Semalam aku adw buat entry pasal hal ni juga... Baca kat Sini.. Tujuan aku menulis bukan nak mengutuk atau menghina sesiapa, tapi nak memperbaiki kelemahan diri sendiri dan juga keluarga serta orang yang terdekat dengan aku... Yelah kan, yang baca blog aku ni pon dari keluarga aku juga serta member sendiri...
Macam ni ceritanya, tadi masa dalam lif sebelum nak balik rumah, aku terserempak dengan seorang pompuan ni... Lawa memang lawa,, comel je muka dia... Pompuan tu bertudung tapi pakai baju korporat... Err... memang comel la... hehehe
Bila dia keluar lif je, masya Allah, aku tergeleng kepala tengok pompuan ni... Pada pandangan aku, pompuan ni just tahu makna tutup aurat dengan bertudung la kot... Part yang bawah tak payah tutup.. Kain dia sampai ke peha belahannya... Eh.. ape la kejadahnya lah pakai pakaian macam ni...
Kita selalu tengok orang berdebat pasal hukum pakai tudung, tapi kenapa yang macam ni takde yang perdebatkan??? Kita sibuk sibuk kutuk orang freehair, tapi macam ni ade sape peduli ke??? Bukan menggalakkan koeang dedah aurat, tapi berpadah padah la.. Jangan la sama ertikan bertudung dengan tutup aurat...
Lantak dia lah, kubur masing masing... Sape berani jawab macam ni kat kubur nanti, angkat tangan... Sape jamin jawapan ni boleh lepaskan kita dari penyoal yang tengah dok tunggu kita kat kubur tu???
Minta Maaf Wahai Perempuan
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER Disebabkan aku dah lama tak join sebarang segmen, kecuali segmen yang INI , so malam ni aku ...
-
Huhuhu... Aku pon nak masuk segmen brader Hanif Idrus ni.. Lama juga aku tak masuk segmen ni.. hehehe mari terjah dia... Dia jemput ak...
-
Merujuk kepada entry Kau Lempang Anak Aku ... Aku rasa ini adalah kes yang sangat sangat teruk pada aku... Sampai dera anak aku, budak yang...
-
Perghhhh..!! Penaja segmen ni memang saja buat perangkap maut la... Ni kalau wife aku baca, mau lesung batu hinggap di bibir ni... Hahahaha....
-
Ok... Cabaran 30 hari dah masuk hari keempat pada hari ini... Ceritanya tentang buku kegemaran saya... Ini sebahagian buku yang menjadi keg...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


14 Komen untuk "Minta Maaf Wahai Perempuan"
sebenarnya dia tak faham.. deno rasa la.. kalau tak kenapa mcm tu kan
Tak tahu nak cakap ape... Huhu sedih la, bangsa kita lak tu
memg rmai kot mcm tu, bagi pendpat cik mama munkin dgn cara tu dia nak tarik perhatian kot, yerlaa dah b'tudung munkin takder nak pndg sgttttt.. so bila terbelah cam tu adala perhatian dr public..... errmmm insaf diri..
Eh... Nak tarik perhatian pon cam tu ke??. Huhuhuhu
Kat KL ni lagi ramai...malas nak komen jer...
doang tak paham antara maksud menutup aurat dengan membalut aurat.. kebanyakan sekarang lebih kepada membalut daripada menutup. wallahualam..:)
Saya pernah dihina kerana freehair... dan saya hanya boleh mendiamkan diri dan sedih sendiri. Just carry on life.
hurmmm..apa nak kata, kata je
Mmg ramai, tapi lagi elok la dari yg freehair kan...
Tak tahu la... Agak mustahil kalau tak tahu kan.. Bukan tak sekolah
Hina??? Kejam dunia ni... Nape takde yang hina orang pakai macam ni pula erk
Apa nak kata kan... Tapi sedara kita je semua tu
sebab sedara la jadi camni.. tak berani huhu
memang bersepah QC jumpa cengitu...mgkn tudung sekadar berfesyen kot skang ni...huhu QC yang bertudung rasa malu la...