Flat Kotor, Nak Tuding Jari Kat Siapa??

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Flat Kotor, Nak Tuding Jari Kat Siapa??

Aku sebagai pekerja sosial yang selalu mensosialkan diri sendiri pergi ke rumah orang untuk sesi temuduga kat area Flat Cheras dan juga Bandar Tun Razak... Tengah best best aku berjalan kat kaki lima bawah flat tu, dengan situasi yang tiba tiba, aku terdengar makcik depan aku menjerit... 'Nak,, tepi.. jaga kepala'..

Dah makcik tu suruh aku ke tepi, dengan tindakan refleks yang aku ada, terus berlari ke tepi.. maksudnya tempat yang ade bumbung la kan... korang nak tau ape yang datang dari atas???SAMPAH!!!!!


Fuh... kalau aku degil tadi, kompom Hospital la jawabnya... Kalau setakat sampah kertas je yang digumpal gumpal, aku tadah je dengan kepala, tapi yang ni macam macam ade.. tin susu, botol kicap, sisa makanan la, macam macam lagi la yang membuatkan korang masuk ICU 5 minit...

Aku malas nak tangkap gambar flat mana kan tapi sebenarnya mentaliti orang kebanyakan memang macam tu.. minta maaf aku cakap erk.. tapi bukan semua.. cuba korang datang pegi kawasan flat yang mahal atau pon bayar maintenance, kawasan dan mentaliti diorang takde camtu...

Sepatutnya, rumah yang kene bayar maintenance la kita jadikan macam tu sebab kita dah bayarndiorang untuk bersihkan kawasan rumah kite kan.. tapi kenapa kawasan flat DBKL yang murah dan tak perlu bayar maintenance la kotor??? Dah la free kan, buat kotor pula tu.. Aku minta maaf la ye.. bukan nak menyinggung sesiapa, tapi jaga lah kebersihan rumah anda erk...
2 Komen untuk "Flat Kotor, Nak Tuding Jari Kat Siapa??"

yer.. setuju...
pendek kata. kena jaga kebersihan. tu jer..
haizzzz.

Tau tak pe... Bayangkan kalau kene kepala budak kecik.. Tak naya ke

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info