Tadi lepas aku balik dari ngeteh kat kedai mamak, aku pon naik la lif dengan orang yang baru balik kerja kan.. eh,, sebelum tu korang tau tak ngeteh tu ape dia??? Aku pon ikut orang lain sebut.. Ngeteh tu minum teh kat kedai mamak.. tak tahu la kan kalau betul ke ape... hehehe dah nma ikut orang sebut...
Masa dalam lif tu, aku naik la dengan seorang makcik ni dengan anak lelaki dia umur dalam lingkungan 6tahun la kot... Makcik tu pon tekan la nombor 3 dan maknanya dia tinggal kat blok 3 la kan... tak kan tekan 3 tapi rumah kat tingkat 18 kan... ok, aku sambung semula, so lepas dia tekan tu aku pon tekan la tingkat rumah aku iaitu15.. Tinggi kan rumah aku.. hehehe
Masa lif tengah naik, boleh pula budak tu tekan nombor lif dari tingkat 3 sampai la 18... Maknanya aku kene la tempuh setiap tingkat.. Tapi yang aku sakit hati tu, makcik tu just cakap, 'budak ni nakal sangat la '... dalam hati aku ni, kenapa kau tak larang anak kau ni... rasa nak lukuh je kepala budak kecik tu... Tambah sakit hati aku, makcik tu senyum je kat anak dia... bukan nak marah ke, minta maaf ke kat aku...
Alahai la anak makcik ni, cuba la didik sikit.. Bile dalam lif jangan la main tekan nombor... kalau orang lain ade kecemasan macam mana??? Kalau ye pon anak makcik ni nakal, minta maaf la dengan orang yang masih dalam lif tu... pintu lif dah la slow motion je buka dan tutup...
Persoalannya, salah siapa kalau anak nakal ni??? Bagi aku anak dan ibu bapa tak salah bila ade anak nakal ni tapi kawal la sikit... jangan susahkan orang lain... betul tak
Anak Nakal Salah Siapa
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Perghhhh..!! Penaja segmen ni memang saja buat perangkap maut la... Ni kalau wife aku baca, mau lesung batu hinggap di bibir ni... Hahahaha....
-
Merujuk kepada entry Kau Lempang Anak Aku ... Aku rasa ini adalah kes yang sangat sangat teruk pada aku... Sampai dera anak aku, budak yang...
-
Hari ni tuan puteri aku penat berjalan... pusing pusing Alamanda tanpa duduk kat stroller... Aku bawa dia guna alat yang macam Kanggaroo... ...
-
Aku terima call dari wife aku minta aku turun kat bawah... Dia tunggu dalam kereta sambil nangis nangis... Aku ingatkan dia rasa sakit ke ha...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


5 Komen untuk "Anak Nakal Salah Siapa"
Ish, kalau kena kat MM tu memang kena sound dah kot.. Mak ngan anak sama jer.. Dua2 patut kena luku.. Huh.
Geram kan budak camni... Sakit jiwa dibuatnya
tak perlu nak salahkan sesiapa..kadnag2 persekitaran yang buat anak nakal..mak ayah dah didik elok tapi cuba kita tengok rancangan tv, sekeliling kita macam mana..
marah kat pengurusan lif r.hehe. ada lif tu xblh tkan lebih dr 5 tak silap. kalau gitu ok sikit kan?hehe
camtu la manjakan sgt anak...tak reti nk mrh anak..asyik menangkan anak walau anak buat salah.. siap salahkan orang lain plak tu... anak dia je yg betul.. naik tocang la budak tu karang...
alamak.. dah terbebel la plak.. sorry..hehehe