Labu Merah Masak Lemak

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Labu Merah Masak Lemak


Labu Merah Masak Lemak

Ini salah satu resepi turun temurun dari mak aku yang telah diwarisi dari nenek moyang aku... (Rasa cam pelik je bunyinya)... 

Gambar tak menarik selera langsung... Lantak lah... Janji dapat makan air tangan sendiri... Bahan bahannya mungkin sama dan mungkin juga tak sama dengan cara korang masak Labu Merah Masak Lemak.. 

Bahan bahan: 

1 biji kelapa yang dah diparut
Cebisan kelapa sebesar 3 Inci
Ikan Jenahak Kering
2 ulas serai segar
Kunyit segar
Serbuk kunyit
Bawang merah
Bawang putih 
1Biji labu saiz sederhana


Cara caranya

1. Bakar cebisan kelapa sebesar 3 inci tu

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit beserta kelapa bakar tu...

3. Tumis bahan bahannya dan masukkan sekali ikan jenahak kering

4. Masukkan labu dan santan

5. Masukkan garam, serbuk kunyit secukup rasa...

6. Kacau sehingga masak... Pastikan jgn sampai jd tahi minyak... 

Setel... Hehehehe... Rasanya sedap... Memang citarasa aku la ni... Hahaha bagi mereka yang ade penyakit gout, anda dilarang mencuba... Sekian terima kasih... 


Related Post

  • Ikan Pari Masak KariIkan pari Masak Kari... Bunyi macam pantun kan.. Hahahaha... Entah lah... Kenapa aku suka sangat makan ikan pari... Tamb…
  • Labu Merah Masak LemakLabu Merah Masak LemakIni salah satu resepi turun temurun dari mak aku yang telah diwarisi dari nenek moyang aku... (Ras…
  • Resepi Chicken Chop | Air Tangan Isteri                  Resepi Chicken Chop | Air Tangan IsteriWife aku suka maka…
  • Roti Sosej HandMade                Roti Sosej HandMadePercubaan pertama untuk roti sosej ni...…
  • Maggi Big Kari Ketam               Maggi Big Kari KetamMungkin ini last entri berkaitan ketam... Seb…
3 Komen untuk "Labu Merah Masak Lemak"

rupa tak penting abg azmi. yang penting rasa dia sedap.. COD ke kchg pls.. hehe :-P

Sedap kan labu... Tapi x pernah makan yg masak lemak... pernah makan sup labu

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info