Jangan Terlalu Racist Kawan

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Jangan Terlalu Racist Kawan


Jangan terlalu racist... Jangan terlalu menghina kelemahan orang lain... Jangan bezakan kemajuan negeri kau dengan negeri orang lain... Mana semangat 1 Malaysia??? Mana semangat perpaduan???

Siapa kata guru semenanjung datang ke Sabah semuanya terpaksa??? Malahan ada yang datang kesini dan tak nak pindah semenanjung lagi sampai dia pencen...

Kalau rasa profesion guru tu tak sesuai dengan diri sendiri, sila letak jawatan... Kenapa perlu jawab 'sanggup' bila dikatakan oleh penemuduga yang kau kena posting kat Sabah Sarawak??

Kalau rasa rasa tak boleh nak hidup di negeri yang miskin ni, kemas beg dan tinggalkan Malaysia.. Negara ini hanya untuk mereka yang cintakan PERPADUAN... Negara ini tak suka orang yang racist... 

Profesion guru hanya untuk mereka yang ikhlas untuk mendidik bukan duit gaji yang ribuan ringgit... Jangan minta tukar ke kawasan pedalaman kalau nak kejar Elaun Hidup Susah semata mata yang bernilai ribuan ringgit pastu canang kat Facebook yang negeri ini terlalu miskin... 
3 Komen untuk "Jangan Terlalu Racist Kawan"

kan ke kita ni 1Malaysia..tak perlu nak dibeza-bezakan negeri mana yang lebih baik...banggakan dengan perkhidmatan yang dibuat kepada anak-anak malaysia apabila mereka berjaya nanti...

haihhhh payah kalau orang pikir tak abis ni...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info