Hari ni, entah berapa bulan dah kakak aku yang sulung ni dimasukkan ke ICU.. Kalau aku tak silap, dia dimasukkan sejak bulan 4...
Pelbagai rawatan dan dah berkali kali buat pembedahan.. Semua pembedahan tu hanyalah nak ambil sample tisu laru paru...
Mungkin tu kerja doktor tapi patung pon kalau selalu kena tebuk, lama lama akan rosak juga... Apatah lagi manusia...
Harini kitorang berkumpul sekali lagi... Untuk berbincang samada teruskan rawatan kat hospital atau cari alternatif yang lain...
Ape ape pon, waktu berbuka dah tiba.. Makan tetap makan.. Sama sama lah doakan untuk kakak aku semoga dia semakin sihat... InsyaAllah..!!!
2 Komen untuk "Doakan Kesihatan Untuk Kakak Saya"
Assalammualaikum...PB,
Insaallah sesama kita mendoakan untuk kesihatan akak sulung PB dan cepat sedar ..
mselim3
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bagai nak tercabut jantungku mendapat berita pemergianmu sahabatku... Bagiku, aku telah kehilangan seorang sahabat sejati yang banyak membantu aku disaat aku bersenang dan berduka. Namun aku tidak dapat melawan ketentuan Ilahi, aku pasti, aku tahu, dan aku yakin, bahawa Allah lebih menyayangi dirimu... Timbullah rasa kedukaan atas pemergianmu. Aku ingin kau tahu bahawa, tanpa jasadmu disini, ingatan dan kenangan kita bersama tetap terpahat dihatiku...
Janji Allah Itu Pasti... Kullu nafsin za iqatul maut