Kursus Pertama Di Sabah | Review Hotel 1 Bintang

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kursus Pertama Di Sabah | Review Hotel 1 Bintang

Fuh...!!! Fuh... !!! Lama tak berupdate blog ni... Sawang ngan habuk dah terlalu banyak... hahahaha... Dulu aku selalu gelakkan blog yang ade sawang kata sesetengah blogger, sekarang ni aku pulak yang terpaksa gunakan ayat tu... 

Mana tak nya, komputer ade satu je baq hang... Kongsi 4 orang baq hang... Kalau sorang guna dari pagi sampai ke petang,  yang 3 orang lagi melanguk je baq hang... Susah aku nak menyesuaikan diri dalam suasana opis macam ni...

Balik kepada topik kita, bermula hari ni aku berkursus di Kota Kinabalu dan ini adalah kursus aku yang pertama di sini... Hari pertama kat sini, nak buat review pasal hotel penginapan kitorang ni....



Aku duduk sebilik dengan orang Kelantan dan kitorang berdua terpinga pinga dengan keadaan bilik hotel ni... Masuk bilik je, api semua tak on lagi... Dalam 3 minit lepas tu lampu semua automatik on... Mungkin macam tu kot pengurusan diorang ni...

Bila nak mandi, towel tak disediakan dalam bilik... Dalam masa 3 minit housekeeping pon sampai untuk hantar towel... Selesai masalah untuk towel...

Masuk ke bilik air, cuma disediakan sebijik gayung... Copp!!! Aku tanya member aku, kalau nak buang air besar macam mana?? Baldi tak ade, apatah lagi getah paip... Takpe lah, masa turun makan karang boleh tanya kat kaunter....

Kat kaunter, aku pon komplen macam macam dalam bilik aku tu... Seterika tak ade, iron board tak ade, baldi takde... Katanya nanti dia minta housekeeping hantar kan dalam bilik....

Housekeeping datang cuma bagitahu yang baldi tak ade... Nampak gayanya aku kena guna alternatif sendiri la nak basuh uuuu uuu...


Seterusnya kembali kepada perkhidmatan internet... Aku telepon lagi operator nak minta password, jawapan sama juga, 'nanti housekeeping datang'... 

Eh!!! minta password wifi pon perlu housekeeping juga ke...?? Rupanya internet kat sini berbayar... RM1.00 dalam masa hanya 10 minit... Tapi tu untuk orang awam, kitorang dapat free sebab seminggu dok dalam ni...

Adoiyai.. Serba kekurangan betul... Dah la bilik kecil sangat... Makanan tok sah cakap la... Depa tulis kat meja tu, Ayam masak Kicap, tapi daging kambing pulak yang digunakan... Aiyaaaa... Kesian pulak aku tengok hotel ni...

Korang klik sini la.... Senang citer... Kalau tanya pendapat aku, aku tak syorkan korang ke sini untuk bercuti... Hahahaha... Klik  Sini

Cuma satuje kelebihannya, hotel ni terletak di tengah tengah bandar... Senang nak bergerak ke mana mana... hehehe



3 Komen untuk "Kursus Pertama Di Sabah | Review Hotel 1 Bintang"

Tengok kat web site, nampak macam ok jer.. ye la... sapa yang dah menginap disitu, tau lah macam mana service depa nie... Anyway, thanks for sharing... agak2nya berapa rate hotel nie yer...?

tu la..tgk dalam website nampak cantik..huhu..dah duduk baru tau ye?

haha kesiannya ^^ budget hotel better than this lor..kan byk hotel berlambak di KK napa pilih hotel yg x lengkap :p

btw, have a good day in Sabah.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info