Buat Malu Betul | Berita Kangkung Jadi Isu Antarabangsa

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Buat Malu Betul | Berita Kangkung Jadi Isu Antarabangsa

Buat Malu Betul | Cerita Kangkung Jadi Isu Antarabangsa | Dulu orang bagitahu kat aku, bila nak melancong ke luar negara mesti bangga bila bawa nama negara disebabkan pemimpin kita yang disegani... Tapi sekarang, disebabkan isu kangkung ni, korang pon faham kan.. 


Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau bukan sahaja  dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan media antarabangsa.
Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.
Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.
"Di kala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam perkara asas seperti bahan api dan elektrik, Perdana Menteri memilih untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa tidak semua harga naik di Malaysia.
"Ia menyebabkan Najib dikritik hebat apabila rakyatnya bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, namun terpaksa melihat korupsi dan perbelanjaan mewah kerajaan Malaysia," seperti yang dipetik dalam portal tersebut.
Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.
Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih daripada itu, Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' dihasilkan.
Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, apabila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
P/S: Cukup sampai situ je yang dapat aku kongsi, selebihnya aku tak nak... Panas telinga... Huhuhu

Related Post

  • Amirah Naik Genting HighlandAku sajikan sedikit gambar kitorang bertiga... Hehehe Apa yang pasti, genting masih sejuk seperti dahulu.. Hehehe …
  • Amirah Dah Sibuk Dengan BisnesGmbr yg last tu, bile kne tegur, teris letak tepon... Malu.... Hahaha …
  • Butter PrawnNyam!!! Nyam!!! Sedap ni weh!!! Hehehe Selamat menjamu selera... Makan kat Ana Ikan Bakar …
  • Budak WiringNi lah dia... Aku nak charge tepon pon dia sibuk juga nak masukkan soket... Aiyaaaa... Tu yang aku cakap, dia ni berla…
  • Mencekik DarahMahal beb!!! Betul betul mahal... Tak pernah aku minum nescafe tarik mencecah RM5... Dah macam minum kat hotel berbintan…
1 Komentar untuk "Buat Malu Betul | Berita Kangkung Jadi Isu Antarabangsa"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info