Terima Kasih Barisan N

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Terima Kasih Barisan N



Bila mengupas isu politik tanah air ni, aku suka sekali mengingatkan yang aku bukan pro pembangkang mahupon pro kerajaan... Tapi inilah isi hati yang aku nak luahkan... Kat mana lagi nak luahkan kalau bukan kat blog peribadi aku ni... Nak cakap dengan para pemimpin, sepatah haram pon diorang tak dengar...

Sekarang ni isu kenaikan harga barang keperluan semakin menjadi buah mulut rakyat marhaen kan... Orang yang pakai Lamborghini, BMW, Ferrari dan seangkatan dengannya, mungkin tidak merasa dengan kenaikan barang barang ni, tapi golongan bawahan macam aku, memang sangat terasa..

Masa pilihanraya haritu, janji yang ditabur oleh pemimpin Barisan terlalu manis... Malahan diorang berani berjanji akan membela nasib rakyat... Bukan itu je, bagi meringakan beban lagi, BR1M juga turut dinaikkan... Naik memang naik, tapi jumlah yang dijanjikan tak sama...Hemmmm...

Lepas kenaikan harga minyak yang kononnya itu semua ketentuan Allah, baru baru ni kita dikejutkan lagi dengan kenaikan harga tol yang bakal dibuat tahun depan... Apakah ini juga ketentuan Allah???

Kenaikan harga minyak yang telah diwar warkan sebelum ni sedikit sebanyak mempengaruhi harga barang, terutamanya harga barang basah... Yelah, semua tu memerlukan kereta untuk menghantar ke pasar dan kereta juga memerlukan minyak.. Lepas ni, harga tol dah naik, aku yakin dan pasti harga barang kat pasar putrajaya ni mesti melambung naik lagi... Hemmmm...

Bersyukur Malaysia masih aman... Ya, aku bersyukur negara masih aman walaupon kes tembak menembak semakin meningkat...Walaupon kes menjual bayi turut meningkat...

Bila minyak dah naik, ade suara suara sumbang suruh naik kemudahan awam... Nah.. Amek...!!! Diorang tengah bincang tu nak naikkan harga tambang komuter dan seangkatan dengannya..

Gula dah naik, minyak pon dah naik, bil letrik pon akan naik, tol juga nak naik.. Tahun depan, tunggu lagi keputusan kat parlimen ape lagi yang akan depa ni naikkan... Kalau tak kawal semua ni, masa pemilihan akan datang, kita sepakat la bagi orang lain yang 'naik'.... Mana tau, dengan orang baru ni mampu menurunkan ape yang telah dinaikkan, ape salahnya kita tukar ye dak...


0 Komentar untuk "Terima Kasih Barisan N"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info