Abil Fikri Ahmad, Seorang Suami Yang...

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Abil Fikri Ahmad, Seorang Suami Yang...


Pengenalan antara aku dan bro Abil Fikri ni hanya melalui Blog... Masa tu aku cuba nak dapatkan info mengenai cara cara mengeratkan silaturrahim antara suami dan isteri... Sejak daripada tu, aku sentiasa follow cerita antara dia dan kekasih hatinya, Kak Gee.. Bro Abil ni sangat mesra... entah macam mana aku nak gambarkan beliau... Walaupon aku tak pernah bersua muka, tapi melalui firasat aku (chewah) dia memang seorang lelaki yang sangat baik..

Senang cerita, korang sendiri baca kat blog dia t... Klik kat nama dia kat atas tu haaa...

Aku terlalu kagum dengan dia, cara dia melayan isterinya walaupon keadaan isterinya pada ketika itu terlantar sakit... Pada aku, dia memang seorang suami dan lelaki sejati... Aku berani nak mengatakan, dia seorang antara seribu yang  sangat sangat setia dengan isterinya...

Aku pasti korang pon kenal dengan bro Abil ni... Dan bro Abil telah membukukan kisah hidup antara dia dan arwah isterinya dan kini telah berada di Pasaran... Hehehe... Aku memang nak beli buku nie sebab dalam ni dia ceritakan kisah hidupnya dan diselitkan dengan motivasi yang berguna untuk pasangan suami isteri...

Alhamdulillah, mungkin ini cara untuk aku membantu beliau.. Harga buku ni memang berbaloi, tak mahal mana pon cuma RM25.00 je... Jom tengok kat Sini...


5 Komen untuk "Abil Fikri Ahmad, Seorang Suami Yang..."

...dah lama silent reader dia..
walaupun belum kawin...kdg2 tak sedar rasa gak apa yg dia rasa..
yang pasti dia sangat strong...dan 'relaks brader, brader relaks' punya style...takda hegeh nak merungut2 kan... :')

aku dah baca weh..haha...nnti aku update

Terima kasih bro, sgt2 saya hargai sokongan dari bro. Sekiranya Gee ada lagi tentu2 dia dia pun berterima kasih pada bro.

Buat pengetahuan bro, aku membukukan blog Gee tu sebab.. Gee ISTERI aku..

Tahniah Tuan Abil Fikri atas penerbitan naskah ini.akan sya dapatkan segera...saya pasti siapa membacanya pasti akan terinspirai.Saya doakan segala pengorbanan Tuan Abil terhadap arwah isteri dibalas Allah dgn syurgaNYA dan moga roh arwah tenang disana bersama para solihin..ameen

baru tahu abg abil dah keluar buku... kalut mencari...hahahah

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info