Jatuh Di Timpa Tangga

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Jatuh Di Timpa Tangga



Bagai jatuh ditimpa tangga pulak rasanya... Minggu ni penuh dengan dugaan yang diturunkan... Perghhhh..!! 

Lepas bersuka ria kat Melaka aritu, kali ni Allah turunkan dugaan untuk peringatan supaya aku tak melupakanNya... Alhamdulillah..

Semalam masa nak datang ambil wife aku dari kerja, sewaktu masuk simpang, aku telah melanggar pembonceng motor... Walaupon brader motor tu yang salah, tapi bagi duit untuk kos perubatannya... Sebab kesian aku tengok dia... Kereta aku cuma calar sikit je, motor dia yang teruk... Siap dapat pakej lagi, seluar dia terkoyak... 

Lepas terlanggar orang tu, esoknya pulak bateri kereta kong... Dan aku terpaksa tukar bateri selepas usaha untuk jumper tidak berjaya... Selesai masalah pasal bateri kereta, datang lagi masalah baru... Alarm kereta pulak yang rosak... Hemmm... Nak raya ni weh... Macam macam dugaan yang menimpa.. 

Tapi takpelah, itu semua peringatan Allah supaya jangan melupakanNya setelah kite menyedut udara yang free Dia bagi... 

Alhamdulillah.... Dia masih sayang lagi... 


Related Post

  • Si Comel Bergigi ArnabPelik juga aku.. Kalau aku tak silap, Amirah tumbuh gigi yang first kat bawah... Tapi yang atas pulak lebih panjang dari…
  • Maghrib Je MenangisFuhhhh!!! Sehari dua ni Amirah selalu sangat nangis... Yang peliknya lagi, Amirah nangis bila waktu maghrib... Seram lak…
  • SEGMEN BLOGLIST 2 BULAN PAPA BLOGGER SEGMEN BLOGLIST 2 BULAN PAPA BLOGGER Jom join ramai ramai segmen ni... Takde kelebihan ape ape pon tapi senang …
  • Topi Ayah Pengubat Rindu TOPI DIPAKAI UNTUK MELEPASKAN RINDU KEPADA ARWAH Pagi pagi aku baca kat metro online, Noor Aqmar anak kepada anggot…
  • Nak Bagi Makan Ke Nak Bagi MatiDisebabkan aku dengan wife tadi berperang dengan Amirah, so takde mood nak masak... Jadinya aku beli nasi bungkus je la …
6 Komen untuk "Jatuh Di Timpa Tangga"

Alhamdulillah , semuanya selamat..

Biasa la bro dugaan2 gitu. Allah sayang.

mknanya itu bkn rezeki kita, tapi rezeki org lain..

Bertimpa2 dugaan .. Mujur selamat semuanya

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info