Nukilan Khas Untuk Saudara Seislam Di Mesir

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Nukilan Khas Untuk Saudara Seislam Di Mesir

Aku tertarik sangat dengan nukilan yang telah dikongsi oleh sorang member aku dalam whatsapp... Memang mampu  mengalirkan airmata.... 

Teruskan berdoa kepada Allah agar saudara saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan negara negara Islam yang lain diberi kemenangan... Semoga diorang dapat bersabar dengan ujian-Nya....

Baca lah nukilan ni.....


MALAYSIA DI SINI MESIR SANA
(Ilham dari cetusan rasa seorang sahabat)

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
♨Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

🚩Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
♨Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

🚩Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
♨Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

🚩Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya..
0 Komentar untuk "Nukilan Khas Untuk Saudara Seislam Di Mesir"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info