Aku baca satu entry dari akak Hidayah, Klik Sini dan dapat link blog pompuan yang buat 'aku janji' untuk pakwe dia tu... Dan terus terjah.. Saje je nak baca luahan hati budak tu selepas video tu ditonton di seluruh malaya... Hamekkkkk kauuuu!!! Tengok gambar atas tu yang aku tanda kan warna biru tu haaa.. Mula mula buka, orang yang tengah online kat blog dia seramai 1544.....
Pastu aku refresh kejap... Dan keputusannya, menaik secara mendadak orang yang terjah blog dia.. Sampai mencecah 2k tu orang online... Hebat penangan video dia tu... Tetibe rasa nak upload video 'aku janji' pulak... hahahaha
Video dia tu semua orang share kat facebook.. termasuk lah aku... Tapi bila aku pikir balik, macam tak patut pulak aku share..Nanti menyebabkan ramai lagi yang maki hamun dia... Dan akhirnya video tu aku delete.. Tak nak lah kongsi dosa sebab menyebabkan orang lain maki hamun dia...
Ape ape pon, lepas ni adik jangan buat video menangis pulak tau... Dan jangan cerita semua amalan yang kite buat.. jatuh riak karang... Bertaubatlah ye adik ... Pelajaran tu penting.. Kesian mak bapak membanting tulang cari duit nak bayar bil internet, alih alih buat video merepek...
5 Komen untuk "Meletop Kerana Video 'Aku Janji'"
haha.. taw xpe.. kalo mcm tu terus jd pr3 blog dia.. hahahaha..
semalam sepupu tunjuk..hehehe..macam2 budak2 sekarang ni
bagus tu tindakan papa blogger tak share video dia bukan apa.. tak elok kita share aib orang lain. biarlah puteri awani tu belajar dari kesilapan dan menginsafi apa yang dia lakukan =)
sempat juga tgk semlm..mcm dah xda keja kesian plak..dah siap ada org buat parody lg tiru dia..adoi..kesian betul..
heeee. ika pon xpenah dapat banyak tu . btw, salam ramadhan ye ^^