Malaikat Bantu Dalam Peperangan

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Malaikat Bantu Dalam Peperangan

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal 10)
Ada kisah menarik daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society Indonesia(Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya, penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin.
Kepada bekas tentera itu, para mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.
Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa hairan dan bertanya. “Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, “kata bekas rejim syiah Assad tersebut.

Betapa ikhlas nya para mujahidin, saudara seagama dengan kita menentang musuh musuh Allah... Seandainya negara kita yang aman damai ni ditakdirkan oleh Allah untuk berperang menentang musuh musuh Allah, berapa ramai dari kalangan kita yang sanggup turun di medan perang.
Kesimpulannya, sama sama lah kita jaga bumi Malaysia yang tengah aman damai ni dari berpecah belah... Hehehe.. tiba tiba pulak patriotik sangat pagi pagi ni...


0 Komentar untuk "Malaikat Bantu Dalam Peperangan"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info