Cerita Seorang Emak

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Cerita Seorang Emak

Sebuah lagi cerita yang aku nak kongsi kat korang... Seseorang telah hantar email kat aku... Maybe elok untuk dikongsi bersama sama kan... 

..........................……………...........


Emak adalah segala-galanya bagi ku. Arwah ayah dah meninggal sejak lebih 15 tahun lalu. Sejak itu mak tinggal bersama beberapa adik beradik yang lain sehinggalah sekarang mak tinggal dengan aku. Dah empat tahun mak duduk dengan aku sejak aku balik dari UiTM Arau dan mengajar di Shah Alam. Mula-mula dulu mak duduk dengan adik ketiga aku, tapi mak selalu tanya aku bila nak balik Shah Alam sebab mak tak sabar-sabar nak tinggal dengan aku.Bila aku ditukarkan semula ke Puncak Perdana di Shah Alam pada tahun 2005 mak terus pindah dari rumah adik dan tinggal dengan aku diasrama Puncak Perdana. Masa tu aku jadi warden kat sana. Mak tak kisah rumah aku yang hanya sekangkang kera, maalumlah rumah apartment sudahlah kecil kawasan pun terhad. Mak tak kisah itu semua, yang penting mak dapat tinggal dengan aku.

Mak tak sihat sangat, kaki mak lemah tak boleh jalan jauh, matapun kabur. Tapi mak punya semangat yang sangat kuat dan semangat mak yang mengalir dalam tubuh aku ini lah yang membuatkan aku juga kuat menghadapi pelbagai dugaan hidup dan menjadi siapa diri aku hari ini. Mak ada macam-macam sakit, dari sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang. Mak juga dah jalani macam-macam pembedahan, penderitaan mak cukup hebat. tapi mak seorang wanita yang tabah.

Mak mula lumpuh pada usia 40 tahun ketika melahirkan adik bungsu ku. Semenjak itu arwah ayah yang menjaga mak, mandikan mak, cari ubat untuk pulihkan kaki mak dan macam-macam lagi. Ketabahan arwah ayah menjaga mak serta kasih sayang yang ditunjukkan pada mak sungguh tiada tandingannya. Malangnya arwah ayah diserang sakit jantung pada usia 50an dan meninggal dunia ketika kami semua masih memerlukan beliau terutama mak yang sakit ketika itu. Aku dapat rasakan penderitaan mak dan kami sepuluh beradik terpaksa saling bantu membantu selepas ketiadaan arwah ayah.


Berbalik pada cerita Mak, sejarah hidup mak sungguh trajis. Mak anak yatim yang kehilangan ayahnya (datuk aku) pada usianya 8 tahun. Selepas itu mak tak sekolah lagi, mak dihantar oleh ibunya seorang wanita China Mualaf kerumah saudara mara sebelah ayah mak sehingga mak remaja. Rentetan peristiwa kehidupan mak banyak yang sedih. Mak pernah ikut nenek ku bekerja sebagai Amah atau orang gaji disekitar Kuala Lumpur dan hidup merempat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebagai anak kedua (aku ada abang Long) dan anak perempuan sulung aku memang rapat dengan mak. Dari kecil mak dah ajar aku memasak, menguruskan rumahtangga dan menjaga adik beradik yang ramai. Pendekkata akulah orang kanan mak. Segala pekerjaan didalam rumah aku uruskan dulu sebelum kesekolah. Bila balik dari sekolah banyak kerja yang menanti aku. Walaupun letih aku tak pernah merungut dan sentiasa setia bersama mak dan ayah kerana sebagai anak perempuan sulung sudah menjadi tanggungjawab ku membantu mak dan ayah. Kami bukan dari kalangan orang yang senang. Ayah bekerja di kilang besi dan ibu surirumah yang setia. Dengan pendapatan ayah yang tidak seberapa kami sepuluh beradik masih dapat bersekolah dan tidak pernah kebulur.

Mak mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran. Mak suruh kami adik beradik bersyukur terhadap apa yang ada dan hidup bermuafakat. Kerana kami ramai adik beradik selalu aku dan abang long terpaksa beralah bila waktu makan. Mak tak pernah lupa tu semua dan nasihatkan adik2 yang lain menghormati aku dan abang long yang dah banyak bekorban untuk adik2 yang lain. Mak jadikan kami adik beradik bersatu hati. Pernah kami makan bercatu, Selalu mak cakap sikit sama sikit, banyak sama banyak. Tapi hakikatnya semua yang kami lalui menjadikan kami lebih tabah dan redha dengan ketentuan hidup kami.

Walaupun kami sepuluh beradik, mak tak pernah pilih kasih. Aku tak dapat lupakan peristiwa waktu adik bungsu meninggal dunia kerana sakit jantung berlubang. Mak nampak tabah, walaupun aku tahu hati mak remuk, bila adik disahkan meninggal dipangkuan mak setibanya dihospital. Masa tu aku dah berumur 16 tahun. Tapi aku dapat rasakan betapa pilunya hati seorang ibu melihat anak yang dijaganya siang dan malam kaku didalam dakapannya. Tapi mak sentiasa redha.

Mak dah lalui banyak perkara dalam hidupnya. Kisah suka duka hidup mak terlalu panjang dan mak kini dah bahagia hidup dengan aku. Dalam usia aku yang setengah abad ini aku dah tengok segala penderitaan mak dan ketabahan mak yang menjadi sumber kekuatan hidupku. Mak selalu cakap dengan aku yang dia nak tinggal dengan aku sampai akhir hayatnya. Katanya dia cukup serasi dengan aku dan tidak betah dirumah adik beradik yang lain. Baginya akulah satu-satunya anak yang boleh diharapkan menjaga dia waktu usianya sebegini. Mak cakap dalam ramai-ramai anaknya aku penyabar dan penyayang macam arwah ayah....aku menitiskan airmata bila mak cakap macam tu...aku tahu wajah aku saling tak tumpah macam arwah ayah dengan kulit gelap dan rambut kerinting yang aku warisi dari arwah ayah.

Sejak dulu arwah ayah cakap akulah anak ayah kerana aku tidak cantik jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain yang berkulit cerah dan ikut kulit mak serta kecantikan mak masa muda. Masih aku ingat lagi bila aku tanya arwah ayah mengapa aku tak cantik macam adik-adik yang lain, arwah ayah cakap sebenarnya akulah gadis paling cantik kerana dinegeri Jawa, puteri Jawa wajahnya seperti aku, berkulit gelap dan berambut kerinting. jadi ayah aku gelarkan aku `Puteri Jawa Bapak', Masa dulu aku cukup bangga dengan gelaran itu dan merasakan aku cantik seperti Puteri Jawa. Aku senyum sendirian bila mengingatkan bagaimana bijaknya ayah memberi kata-kata positif ini dalam diriku.

Mak pun selalu bagi perangsang padaku untuk menjadi bijak dan meneruskan cita-citanya menjadi guru. Masa kecil cita-cita mak nak jadi cikgu. Mak suka sangat jadi guru tapi tak kesampaian kerana kesempitan hidupnya masa dulu. Sekarang mak bangga aku menjadi pensyarah kerana baginya pekerjaan yang mulia adalah menjadi seorang pendidik. Mak suka sangat kalau aku bawa pelajar pulang kerumah dan kami masak sama-sama dan makan tengahari. Mak pun bersama-sama masak dan suka berbual dengan pelajar-pelajar ku yang ramah dan suka panggil mak dengan panggilan nenek. Beberapa orang students ku sudah mak kenali dan kadang tu bertanya padaku mana Anis, mana Nadia, ifah dan ramai lagi...walaupun dah berusia 70 tahun Mak kuat ingatan dan boleh hafal nama-nama students ku yang datang rumah.

Dalam kehidupan seharian pula mak selalu menjadi penasihat ku. Aku beruntung ada mak yang selalu disamping ku walaupun aku juga dah tua. Mak selalu suruh aku bersabar bila anak-anak menengking aku dan bila anak-anak degil tak mahu dengar cakap aku. Mak cakap semua ini adalah takdir dalam hidup seseorang. Kita perlu terima apa yang telah Allah tuliskan dalam hidup kita. Mak cakap lagi, anak-anak belum tahu sayang kat ibu mereka selagi mereka tak kahwin dan tak rasakan sakitnya bersalin. " Biarlah dulu....nanti diaorang dah kahwin baru diorang tahu macam mana penderitaan mengandung dan melahirkan anak masa tu baru diorang sayangkan ibu" kata mak pada ku.

Mak memang sayangkan anak-anaknya semua. Tapi aku dan mak punya chemistry yang kuat.kami berkongsi minat yang sama, memasak dan menjaga pokok bunga. Itu hobi aku bersama mak. Aku sering luangkan masa menjaga pokok bunga kesayangan kami berdua. Paling aku ingat dua tahun lalu masa aku terlantar dihospital kerana sakit jantung, mak menangis, mak cakap aku tak boleh mati dulu sebab mak tak tau nak tinggal dengan siapa. Masa tu aku minta Allah cepat sembuhkan penyakit aku untuk aku berbakti pada mak. Aku tak nak sakit sebab jika aku sakit mak lah orang yang paling risau...

Dua hari yang lepas mak gembira sangat kerana kami anak beranak pergi ke Port Dickson. Mak dah lama tak jalan-jalan kerana mak tak tahan duduk dalam kereta lama-lama dan kaki mak lemah. Mak sakit pinggang dan selalu nak buang air kecil kalau jalan jauh. Mak tak nak susahkan aku. Dua hari lalu aku dan anak-anak sempat membawa mak jalan-jalan kat tepi pantai dan mak nampak girang sekali. Tapi hari ni mak sakit pinggang dan minta jumpa doktor. Aku bawa mak jumpa doktor yang biasa mak pergi kat Shah Alam. Mak dah biasa dengan doktor perempuan tu. Hari ini entah mengapa doktor perempuan tu menangis bila tengok mak. Dia cakap dia teringatkan mak dia yang baru saja meninggal dunia . Dia sedih sangat tengok cara kami layan mak dengan penuh kasih sayang dan dia terharu sangat tengok kemesraan kami. Mak pun sedih bila doktor tu menangis tengok mak. Tapi mak cakap mak terlalu bahagia dengan anak-anak mak dan aku yang disisi mak rasa gembira tengok wajah mak yang bercahaya walaupun mak sakit pinggang sebab jalan jauh semalam. Semoga mak panjang umur dan sihat selalu.....sayang mak selalu.

2 Komen untuk "Cerita Seorang Emak"

Yup..Sementara mereka ada ni...elok la kita jaga sedaya upaya kita...syg my mom..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info