Jangan Terlalu Taksub Dengan Politik

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Jangan Terlalu Taksub Dengan Politik


Situasi kat kaunter hari tu... Kejadian ni terjadi kat opis lama aku... Kat kaunter aritu member aku didatangi seorang makcik... Makcik tu dah tua, umur dalam lingkungan 60 tahun.

Makcik: Nak, perlu ke makcik sertakan dokumen sokongan dari mana mana ahli parlimen...

Tiba tiba kat kaunter sebelah tu member aku sorang lagi tegur makcik tu..

 Member Penyibuk: Makcik tak boleh cakap pasal politik kat sini.. Pejabat ni bukan pejabat untuk menerima cerita pasal politik

Makcik : Makcik cuma tanya je nak... Kalau tak boleh, takpelah.. Makcik tak minta surat sokongan tu

Bila makcik tu dah blah, member aku tegur member aku yang penyibuk tu...

Member Baik: Ape ni bro... Jangan camtu.. Makcik tu tanya elok elok, yang ko tengking tengking dia kenapa??? Dia just tanya je pon....

Member Penyibuk: Takdelah... aku tak suka kalau klien datang sini nak cakap pasal politik... Jangan campur adukkan hal politik dengan kerja...

Member Baik: Yelah... Tapi jaga sikit hati orang tua beb... Jangan tengking depan orang lain... Nanti jatuhlah maruah makcik tu... Makcik tu walaupon miskin tapi dia tetap ade air muka dow...

Member Penyibuk: Ko tau tak, orang yang keje kat Majlis agama islam tu kuat buat maksiat... Nama je keje dengan majlis agama islam tapi perangai ntah ape ape... Tu haaa... si polan tu, mentang mentang dah jadi menteri tapi kuat sangat buat maksiat... Makan rasuah la, **********

Member Baik: Ko ni nama je tau pasal agama, hukum hakam agama pon aku rasa ilmu ko paling mendalam, tapi ko la orang yang kuat mengumpat... Kutuk orang sana sini...

Weh!!! Ko  kalau setakat dengar sorang ni cakap keburukan orang tu, ko jangan lah percaya bulat bulat... Pastu ko citer kat orang lain.. Tu semua fitnah bro... Aku malas nak cakap pasal agama dengan ko, sebab ko lebih mendalam ilmu ko dari aku...

Aku suka ko macam dulu berbanding macam sekarang... Sekarang ni ko kuat sangat berpolitik.... Slow slow la... Jangan menonjol sangat yang ko tu tak suka kerajaan... Dah lah, aku malas nak bertekak dengan ko....

 ..................................................................

Susah kalau orang yang taksub sangat dengan politik.... Semua yang dia pandang salah, semua dikaitkan dengan politik.... Agaknya baru tahu pasal politik kat malaysia ni kot.... Hemmmmm!!! Jangan jadi penebar fitnah sudah la ye.. Huhuhu




0 Komentar untuk "Jangan Terlalu Taksub Dengan Politik"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info