Afiq Muiz Yang Kacak Macam Aku

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Afiq Muiz Yang Kacak Macam Aku


Hensemkan lelaki ni... Kacak haloba gitu... hahahaha... Tak kan la tak kenal kan... Ala... Artis yang mencetuskan kontroversi tu... Macam muka aku pon ade juga kekadang bila sekilas pandang... Tapi In Sha Allah, perangai aku tak sama macam dia... Sebab ape??? Sebab aku tak menangis depan kamera cerita pasal keburukan mak aku... hahahah


Gambar makwe dia ni pon lawa... Bukan lawa tang muka tapi lawa tang spek dia tu... Rayban tu.. Hehehehe.. Nak letak sebagai iklan ubat gigi yang mengelakkan gusi berdarah pon boleh,,, hahaha...

Ok.. aku bukan nak jadi blogger artis tapi just bagi pendapat aku dengan dua orang artis ni.. Ala... pendapat je pon.. Tak kan tu pon salah ye dak..

Pada pendapat aku lah kan, aku tak salahkan Afiq Muiz ataupon mak dia.... Pada aku kedua duanya salah... Sebab menghebohkan keburukan kat khalayak ramai dan menjadikan media sebagai orang tengah... Aku nak pesan kat korang anak beranak erk... Yang pasal makwe dia tu kita ketepikan dulu... Dia belum sah jadi bini ko..

1. Afiq, walau sejahat dan seburuk mana pon ibu kita, dia tetap ibu... REDHA ALLAH ADALAH REDHA IBU... Seteruk mana pon ibu kita, jangan sesekali kita menceritakan kat orang lain... Walaupon kita cerita kat member yang ibu kita ni garang.... Ianya adalah berdosa besar...

2. Afiq, jangan sesekali merungut bila ibu kita minta duit... Bagi je bila diorang susah dan memerlukan sejumlah duit... Andai kata duit tu boleh membawa kepada kemudaratan kepada kesihatan ibu kita, takpe.. Sebagai contoh ibu minta duit nak beli dadah.. Sebab, nanti beliau tak halalkan setitik pon air susu yang kita minum camner.. Syurga tak nampak bro...

3. Afiq, jangan bagi orang lain senang senang maki hamun ibu kita.. Kita sebagai anak wajib pertahankan maruah diorang... Kalau aku pon aku marah bila orang maki hamun mak aku... Huhuhu

4. Makcik ( ibu Afiq ), janganlah heboh hebohkan keburukan anak makcik tu... Kesian dia... Makcik nak ke anak makcik tu masuk neraka?? Takde sorang pon ibu sanggup membiarkan anaknya derita akibat sumpahan kita...

5. Makcik dan Afiq, sila bawa berbincang hal ini bebaik... Tak elok anak beranak gaduh depan kamera... Tak elok dedahkan keburukan institusi keluarga kita... Tapi tak tahu la kalau ni semua lakonan depan Melodi semata mata nak mencari publisiti..

Setelkan cara elok ye.... Malu lah camni.. Ala, senang citer camni lah... Suruh la mana mana pengarah bagi watak kat Afiq tu untuk lakonkan watak seorang anak derhaka... Ending citer tu, kononnya kubur anak derhaka tu jadi sempit... Pastu penuh dengan haiwan yang berbisa... Pelakon dan penonton pasti turut insaf... Hehehehe

Semua ini adalah pandangan dan juga nasihat kepada Amirah bila besar nanti.... Dah besar nanti, tak payah bagi duit, just doa je kirimkan untuk ibu ngan ayah... Selamat di akhirat kelak...Aminnn...


5 Komen untuk "Afiq Muiz Yang Kacak Macam Aku"

salam. Ramai gak yang bercerita bahawa jka ibu tidak menghalalkan susunya, maka susah kita. sebenarnya, susu itu adalah hak anak, tugas ibu menyusukan anak. saya pernah bertanyakan hal ini kepada UAI dan para ustaz yang lain berkenaan isu ini. Sesuatu yang menjadi tangungjawap ibu dan bapa terhadap anak-anaknya, tidak perlu diminta keizinan atau dihalalkan, kecuali perkara yang bukan berkaitan dengan tangungjawap mereka. susu adalah hak anak, ibu dan bapa harus mencari rezeki (memberi makan dan sebagainya) sehinggalah anak itu besar dan boleh mencari rezeki sendiri. kenapa perlu menghalalkan sesuatu yang memang di wajibkan dalam islam? lainlah bila kita dah besar, kita curik duit atau barang-barang ibu kita, itu memang kena minta dihalalkan sebab mencuri...

salam. satu nasihat yg mudah tetapi amat mendalam..cayalah papa blogger!

HOO BARU TAHUD IA NI AFIQ.. AGAK TERLAMBAT DEN NI.

wah x sangka papa blogger memahami keadaan diluar sana.tapi apa yang papa blogger katakan itu benar..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info