Orang Terkaya Malaysia

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Orang Terkaya Malaysia



KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

P/s: Kaya betul diorang ni... Duit berkoyan koyan... Huhuhu... Tak nak aku kaya macam ni.. Nanti kat akhirat esok, soalan paling banyak kat aku je.. Kat mana harta disalurkan, kat sape harta aku bagi dan macam macam lagi soalan berkaitan harta.. Tu belum tanya sumber lagi...
Lagi bagus hidup macam sekarang ni haaa... Cukup untuk anak bini makan sudah lah... Janji anak anak aku bahagia dengan hasil yang halal kan.... Huhuhuhu

Sumber my berita...

Related Post

  • Hati Seorang Perantau... Harini hari pertama kita berpuasa di tahun 1433 hijrah... Masih lagi tak terlambat untuk aku bergembira menyambut bul…
  • Bila Ops Sikap Mula???Pada asalnya aku nak buka puasa je  kat putrajaya sebab nak makan makanan free yang Ahli Parlimen Putrajaya buat ka…
  • Solat Yang Susah Nak BuatNi aku teringat satu cerita dari ustaz aku.. Dalam 5 waktu solat tu, ade dua waktu yang manusia memang susah betul kita …
  • Tren Terbaru Minta Derma Awal pagi aku dah keluar cari barang nak masak karang untk bukak puasa.. Sebelum tu, aku singgah kat maybank kat ba…
  • Ayam Percik dan Kuih KaswiHarini kurang sangat nak hapdet blog sebab internet kureng sangat pulak... agaknya sebab hujung bulan kot.. Harini aku…
2 Komen untuk "Orang Terkaya Malaysia"

Kalau Allah dah bagi kaya, kebas je lah, pastu sedekah ngan orang miskin. kat kampung byk org miskin..

Takut bila dah kaya lupa pulak Allahkan... tapi kalau kaya masih mengingati Dia ok jugak tu....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info