Seram: Hantu Botak

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Seram: Hantu Botak


Dah lama tak kongsikan cerita seram seram ni... Malam ni malam jumaat, malam keliwon kan.. Hehehe.. Apa salahnya berkongsi cerita kan.. Kali ni cerita dari member aku sendiri.. Dia ceritakan kat aku petang tadi.. Betul atau tidak, terpulang kepada korang untuk menilainya...

Hantu botak... Macam kelakar je kan bunyinya.. Tapi ini adalah cerita yang member aku alami sendiri.. Kejadian ni berlaku kat satu tempat yang mana dia masa tu nak balik kampung... Masa tu hujan tersangat la lebat... Dan masa tu dah hampir senja.. Member aku ni memang setiap minggu akan balik kampung sebab anak bini dia tinggal kat kampung...

Disebabkan masa tu hujan lebat, so dia pon bawa kereta dengan perlahan dan penuh berhati hati.. Tengah bawa kereta, tiba tiba sebijik motor dengan lajunya dipandu memotong kereta dia.. Dalam hati mendoakan supaya pembonceng motor tu selamat sampai ke destinasi dia...

Selang setengah jam, dia tengok motor yang dipandu laju tu berenti kat tepi jalan.. Dia dengan baik hatinya terus memberhentikan kereta kiranya nak membantu la kan.. Kot kot lah pertolongan dia diperlukan.. Bila dah bercakap dengan orang tu, member aku ni pon ajak la naik kereta dia je.. Sebab kesian nak biarkan dia tunggu lama lama kat hujan tu.. Lagipon kampung orang tu dekat je.. Lagi 20km je kat depan...

Dalam kereta tu, diorang berbual seperti biasa.. semestinya member aku ni bila dah bercakap, memang susah sikit dia nak berenti.. Mesra alam katanya... Tengah berbual tu, lelaki yang menumpang dengan member aku ni, yang berkepala botak tu pon buka cerita pasal hantu...

"Bro, ko pernah dengar tak cerita pasal hantu?? Bro percaya tak dengan makhluk makhluk ni semua???"
Tanya lelaki botak tu kat member aku...

"Hantu??? hehehehe.. Sebenarnya aku susah nak percaya.. Tapi kalau benda benda ghaib, syaitan iblis ni memang aku percaya la.. Hantu hantu ni semua wujud ke?"... Member aku balas balik dengan persoalan..

"Hantu memang wujud bro... Bro pernah dengar tak hantu botak???" Tanya lelaki botak tu lagi..

"Apa!!!!!! Hantu botak?? Hahahahahaha.. Kelakar la bunyi nye.. Ko ni cerita pasal hantu hantu ni ko tak takut ke?? "

"Betul la hantu botak.. Ko gelak kenapa?? Kat kampung aku dulu memang heboh dengan cerita hantu botak tau.. Memang seram rupa dia" kata lelaki botak tu..

"Ko pernah jumpe ke?? Macam mana muka dia???" tanya member aku...

"Ko nak tengok ke?"

"Kalau boleh, aku nak salam kat dia.. Hahahaha.."

" Amboi, cakap besar nampak.. Tak takut ke??" lelaki botak tu seolah olah diperkecikkan...

"Aku nak tengok je.. Bukan cakap besar.." sambil gelak gelak

"Muka hantu botak tu, macam ni".. sambil memalingkan muka kat member aku tu... Muka dia tiba tiba berubah bentuk dan menunjukkan muka yang sangat hodoh.. Disebabkan dia terkejut sangat, tiba tiba....

Tuuukkkkkk..... tuuuukkkk.. bunyi tingkap kereta diketuk dari luar... Bile member aku bangun, rupanya ramai dah orang kampung tengok dia dari luar kereta,.. Rupanya dia pengsan dalam kereta semalaman tanpa teman... Disebabkan mulut dia yang celupar tu, akhirnya dia terjumpa juga dengan Hantu Botak tu...

P/S: Lain kali, mulut jangan celupar sangat.. Kekadang makhluk halus ni akan menjelma bila kite mencabar dia.. Kalau tak cukup berani dan tak cukup iman, jangan sesekali mencabar ye.. Tambahan lagi malam jumaat keliwon... Huhuhu

1 Komentar untuk "Seram: Hantu Botak"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info